Utusan Borneo (Sabah)

Belia cemerlang dijemput sertai Anugerah Belia Cemerlang Malaysia 2020

-

SIBU: Belia cemerlang berusia 40 tahun ke bawah di Sarawak dijemput menyertai Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2020 anjuran Junior Chamber Internatio­nal Malaysia (JCI).

Presiden JCI Malaysia Ken Lee berkata acara tahunan JCI itu dapat menarik lebih ramai penyertaan daripada kalangan belia Sarawak pada tahun ini.

“Kita di JCI mahu memberi inspirasi kepada golongan muda yang telah menyumbang kembali kepada negara dan masyarakat.

“Oleh itu, jika kamu mempunyai kisah untuk dikongsi bersama yang dapat memberi inspirasi dan mengubah kehidupan orang lain, silalah calonkan diri anda atau orang lain yang anda rasa layak bagi anugerah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media TOYM 2020 di Sibu, semalam.

TOYM tahun ini dianjurkan oleh JCI Kulim.

Dalam pada itu, Lee turut menggalakk­an lebih ramai kepimpinan daripada kalangan belia akan mencalonka­n diri mereka pada acara penuh prestij tersebut.

“Jika kamu fikir kamu hanya orang biasa, sebenarnya kamu boleh menjadi luar biasa daripada orang lain. Jika orang lain boleh buat, kenapa tidak kamu,” ujarnya.

Sementara itu, pengerusi penganjur TOYM 2020 Esther Khor berkata mereka yang berminat boleh menghantar borang penyertaan pada atau sebelum 30 Jun 2020.

“Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 hingga 40 tahun pada 1 Januari 2020 dan peserta boleh mencalonka­n nama diri sendiri untuk pencalonan,” katanya.

Kali pertama acara berprestij ini dianjurkan di Sarawak adalah di Sibu pada 2016 dan tahun ini diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Sebanyak 10 bidang dipertandi­ngkan iaitu perniagaan, ekonomi atau perusahaan, politik, undang-undang dan hal ehwal pemerintah­an kerajaan, akademik dan kepimpinan, kebudayaan, kepimpinan alam sekitar dan moral, sumbangan kepada kanak-kanak, keamanan dunia atau hak asasi manusia, kemanusiaa­n atau khidmat sukarelawa­n, pembanguna­n sains dan pembanguna­n teknologi, pencapaian dan kemajuan dalam perseorang­an dan inovasi dalam bidang perubatan.

TOYM 2020 bermula daripada Program 10 Belia Cemerlang yang dibangunka­n oleh Durwood Howes, Presiden Jaycees Amerika Syarikat pada 1930 dan 1931. JCI mengadapta­si program berkenaan pada 1982.

Program TOYM JCI telah dilancarka­n Junior Chamber Internatio­nal Malaysia (JCIM) pada 1985 untuk memperinga­ti Tahun Belia Antarabang­sa.

JCIM kemudian memutuskan mengadapta­si program ini sebagai sebahagian daripada projek tahunan JCIM.

Borang pencalonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi ABCM di www. toym.my.

Untuk butiran lanjut lawati www.JCIMalaysi­a.cc/ TOYM, hubungi Esther Khor di talian 018-468 7819, Jeffery Ooi (017-470 7147) atau Janice Loh (012-601 0489).

 ??  ?? SERTAI KAMI: Lee (duduk, lima kiri) dan Esther (tiga kiri) bersama yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.
SERTAI KAMI: Lee (duduk, lima kiri) dan Esther (tiga kiri) bersama yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia