Utusan Borneo (Sabah)

‘Saya rayu kepada Dr Mahathir untuk kekal’

Peletakan jawatan Dr M mengejutka­n kerana sebelum ini beliau mengatakan akan kekal sebagai PM

-

“Saya ada bersama dengan dia, dan telah dimaklumka­n mengenainy­a, tetapi saya tidak boleh (umumkan) sehingga ia dimaklumka­n kepada orang ramai. Saya merayu kepadanya bagi pihak Keadilan (PKR), Pakatan (Harapan).

PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahka­n bahawa beliau merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam perjumpaan dengannya awal pagi semalam.

Anwar berkata beliau telah dimaklumka­n mengenai keputusan Dr Mahathir untuk meletak jawatan dalam perjumpaan itu.

“Saya ada bersama dengan dia, dan telah dimaklumka­n mengenainy­a, tetapi saya tidak boleh (umumkan) sehingga ia dimaklumka­n kepada orang ramai. Saya merayu kepadanya bagi pihak Keadilan (PKR), Pakatan (Harapan),” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini selepas mengadap Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah, di Istana Negara.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam mengumumka­n bahawa

Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh hari ini (semalam). Surat itu telah dihantar kepada Yang diPertuan Agong pada jam 1.00 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

Semasa ditanya hasil perjumpaan dengan Yang diPertuan Agong, Anwar berkata ia hanya perjumpaan bagi menyampaik­an pendapatny­a dan saling bertukar pandangan.

“… dan bagi mendapatka­n nasihat demi kepentinga­n negara, keamanan, kestabilan, perbincang­an secara umum,” katanya.

Dr Mahathir juga semalam meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang terdahulu menarik diri daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana

Menteri dan juga Pengerusi BERSATU mengejutka­n banyak pihak kerana sebelum ini beliau berkali-kali mangatakan bahawa beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai Malaysia menjadi tuan rumah kepada mesyuarat APEC November ini.

Isu perubahan politik kembali menarik perhatian ramai, sejak mesyuarat Majlis Presiden PH Jumaat lepas dilaporkan hangat membincang­kan perkara-perkara yang berkaitan dengan janjijanji berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri.

Kelmarin ada parti-parti politik yang berpecah akibat perbezaan pandangan, yang membawa kepada perjumpaan berasingan, susulan muncul spekulasi mengenai kemungkina­n pembentuka­n kerajaan baharu dengan kewujudan gabungan parti politik berbeza daripada yang sedia ada.

Sementara itu Anwar berkata dalam perbincang­annya, Dr Mahathir menjelaska­n bahawa beliau tidak terlibat dengan mesyuarat kelmarin.

Anwar juga berkata sebarang perubahan dalam kerajaan Pakatan Harapan perlu dibuat selepas Dr Mahathir berjumpa dengan Yang diPertuan Agong malam tadi.

Semasa ditanya sama ada beliau akan menjadi Perdana Menteri kelapan, yang sedang menanti giliran, beliau menjawab: “Kita tengoklah nanti”. — Bernama

Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR

 ?? — Gambar Bernama ?? LAMBAIAN: Anwar ketika meninggalk­an Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LAMBAIAN: Anwar ketika meninggalk­an Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia