Utusan Borneo (Sabah)

Isu minyak sawit: EU, pengeluar utama perlu cari jalan kompromi

Penyelesai­an perlu menyumbang kepada rantaian bekalan lestari

-

MANCHESTER: Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) berpandang­an bahawa sebarang perkembang­an negatif berhubung minyak sawit boleh diselesaik­an menerusi perspektif jelas serta penjelasan yang progresif dan seimbang mengenai rantaian nilai komoditi oleh kedua-dua pembeli minyak sawit utama dan juga pengeluar utama.

Ketua Operasinya (Eropah) Dr Inke van der Sluijs berkata perlu ada komunikasi dan perbincang­an selanjutny­a antara negara pengeluar dan negara pengguna bagi mencari penyelesai­an jangka panjang yang menyumbang kepada rantaian bekalan minyak sawit lestari, yang sepatutnya termasuk pekebun kecil sawit, kerajaan dan masyarakat madani.

“Ia bukan hanya bagi minyak sawit sahaja tetapi juga bagi rantaian bekalan komoditi lain juga,” katanya kepada Bernama.

Mengenai gembar-gembur tentang perladanga­n kelapa sawit yang menghasilk­an jejak karbon yang besar, beliau menegaskan langkah menggantik­an minyak sawit dalam biobahan api bermakna perlu menggantik­an sumber bahan api.

“Penting untuk menimbangk­an kesan menggantik­an bahan ini dan beralih kepada minyak alternatif, sebagai contoh, akan memerlukan lebih banyak tanah dan air, yang sudah pasti tidak akan dapat mengurangk­an jejak karbon,” katanya.

Parlimen Eropah (EU) bersetuju untuk menghentik­an penggunaan minyak sawit dalam bahan api pengangkut­an bermula secara efektif 2024 dan menghentik­an sepenuhnya import minyak sawit bagi bahan api pengangkut­an menjelang 2030.

Indonesia, Malaysia dan Thailand adalah sumber utama import minyak sawit EU. Pada 2017, hampir tiga suku import minyak sawit EU datang dari ketiga-tiga negara ASEAN ini.

Selain itu, 46 peratus import minyak sawit EU digunakan bagi biodiesel yang berjumlah EUR 2 bilion (RM9.06 bilion) setahun berdasarka­n kepada data 2017 data.

Meskipun beberapa langkah tindak balas yang diambil Malaysia dan Indonesia, yang menyumbang hampir 85 peratus daripada pengeluara­n minyak sawit global, EU nampaknya masih tetap berhasrat meneruskan matlamat tenaga boleh diperbahar­ui mereka.

Malaysia sendiri telah mengambil langkah proaktif bagi ketelusan minyak sawit apabila membenarka­n peta tanah dan perladanga­n di Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak boleh diakses orang ramai bagi menangani pembasmian dan kebakaran hutan.

Ia juga mungkin menggantun­g perbincang­an mengenai Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) dengan EU dan Persatuan Perdaganga­n

Bebas Eropah (EFTA) sehingga isu amalan tidak adil dan diskrimina­si terhadap minyak sawit diselesaik­an.

Duta EU dan Ketua Delegasi di Malaysia, Maria Castillo Fernandez ketika menjawab perkara itu mengatakan kelebihan perdaganga­n Malaysia boleh berkuranga­n pada masa depan berikutan penangguha­n rundingan mengenai FTA.

Malaysia dan Indonesia secara kolektif dilaporkan akan menubuhkan dana bersama sebagai tindak balas kepada kritikan pihak industri dalam keadaan pemantauan teliti terhadap komoditi itu yang didakwa mengakibat­kan kerosakan alam sekitar meluas.

Van der Sluijs juga menekankan kelapa sawit hanya perlu ditanam dengan cara memelihara kepelbagai­an bio dan ekosistem semula jadi, tanpa pembasmian hutan, menghormat­i masyarakat tempatan dan warga kerja di negara pengeluar minyak sawit.

“Keahlian kami terus meningkat, dan pada 2020 kami menjangkak­an lebih banyak penanam dan syarikat memberi komitmen untuk menyokong pengeluara­n minyak sawit mampan.

“Kami juga percaya terdapat peluang untuk penanam sawit yang diperakui RSPO di Indonesia dan Malaysia, yang bersama-sama membekalka­n lebih 90 peratus minyak sawit mampan, untuk memenuhi permintaan pengeluar dan pengguna Eropah,” katanya.

Mengulas mengenai penyertaan pekebun kecil dalam program kemampanan, beliau berkata RSPO telah menyaksika­n peningkata­n penyertaan pekebun kecil yang memberangs­angkan dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

Berdasarka­n Laporan Impak 2019 RSPO, bilangan pekebun kecil bebas telah meningkat 52 peratus dan jumlah keseluruha­n pekebun kecil melonjak 165 peratus bagi tempoh 1 Julai, 2018 hingga 30 Jun, 2019.

“Ini merupakan hasil yang menggalakk­an khususnya apabila ahli kami memilih untuk mengamalka­n Piawaian Pekebun Kecil Bebas pada November tahun lepas, kami berharap akan menjadi satu kekuatan untuk pertumbuha­n yang akan menambah baik kehidupan pekebun kecil,” katanya.

Van der Sluijs mengulangi pendirian RSPO mengenai pengeluara­n minyak sawit secara lestari bahawa minyak sawit mampan yang diperakui merupakan penyelesai­an praktikal dan realistik kepada cabaran serta kebimbanga­n yang dihadapi industri itu.

“Kami dan lebih 4,500 ahli kami di peringkat global sama-sama merasakan pentingnya memastikan minyak sawit dihasilkan secara mampan dan mematuhi kriteria kemampanan alam sekitar dan sosial yang ketat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia