Utusan Borneo (Sabah)

Antabax perkenal Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA: Bagi meningkatk­an kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah untuk mengurangk­an risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti jangkitan COVID-19 dan influenza, Antabax telah menjalin kerjasama dengan Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Pendidikan untuk melancarka­n Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat.

Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) baru-baru ini adalah salah satu inisiatif Antabax untuk memudahkan pemahaman mengenai kesihatan menerusi penceritaa­n, visual berwarna-warni, lagu dan pergerakan tarian yang membantu kanak-kanak mengenal pasti tanda-tanda serta simptom penyakit-penyakit berjangkit yang biasa.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementeria­n Kesihatan Malaysia Azman Ab Rashid berkata, membasuh tangan adalah langkah pencegahan penting yang perlu diamalkan oleh orang ramai sekarang.

“Melalui Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat ini, kami harap kanak-kanak akan tahu tentang pentingnya membasuh tangan serta amalan-amalan asas kebersihan yang lain. Ini kerana ia dapat membantu mengurangk­an penyebaran penyakit berjangkit,” katanya.

Lebih 300 murid dan guru dari SK Presint 11 (3) Putrajaya mengambil bahagian dalam kempen kesihatan ini. Mereka belajar tentang asas Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dijalankan oleh pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.

Para pelajar sekolah ini juga diajar tentang langkah pencegahan yang mampu mengurangk­an risiko jangkitan dan penyebaran penyakit berjangkit. Selain apa yang perlu dilakukan jika mereka atau rakan-rakan yang lain rasa kurang sihat.

Menurut Pengurus Besar Kanan Antabax Francis, Antabax sentiasa aktif dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan di negara ini selama lebih sedekad.

“Daripada pelbagai kempen, kami telah memberi kesedaran yang membolehka­n kanak-kanak faham, sekali gus mengamalka­n tabiat kebersihan serta membasuh tangan bagi membantu mengurangk­an penyebaran penyakit berjangkit.

“Kami turut menyumbang pelbagai produk Antabax supaya mereka mempunyai barangan keperluan kebersihan di rumah.

“Sudah terbukti bahawa Tangan Bersih Hidup Sihat. Jadi, basuh tangan anda dengan kerap dan betul untuk mengurangk­an jangkitan penyakit berjangkit menggunaka­n sabun dan pembersih tangan Antabax atau jenama lain. Apa yang penting ialah memastikan tangan anda sentiasa bersih,” katanya.

 ??  ?? KURANGKAN RISIKO: Melalui Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat anjuran Antabax ini, para pelajar diajar untuk mengamalka­n tabiat membasuh tangan bagi mengurangk­an penyebaran penyakit berjangkit.
KURANGKAN RISIKO: Melalui Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat anjuran Antabax ini, para pelajar diajar untuk mengamalka­n tabiat membasuh tangan bagi mengurangk­an penyebaran penyakit berjangkit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia