Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan wanita digesa kembangkan perniagaan ke rantau ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Usahawan wanita khususnya golongan belia digesa mengembang­kan perniagaan mereka ke luar negara khususnya di negara-negara ASEAN berikutan potensinya sebagai sebuah pasaran yang luas.

Timbalan Presiden Dewan Perdaganga­n ASEAN, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata pada masa sama, mereka juga perlu mengambil inisiatif merancang strategi supaya perniagaan itu dapat diperkukuh­kan, termasuk membuat kajian mengenai pasaran yang ingin ditembusi serta aspek kos terbabit.

Malah, beliau yang juga mantan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), percaya masih terdapat peluang perniagaan yang luas yang boleh diterokai usahawan wanita walaupun dalam persekitar­an ekonomi dunia yang kurang stabil pada masa ini.

“Penularan kes COVID-19 itu hanya mengeruhka­n lagi keadaan ekonomi semasa dan pertumbuha­n ekonomi pun ada sedikit penurunan.

“Bagaimana pun saya percaya peluang-peluang masih lagi ada untuk usahawan wanita ini dan mereka perlu ambil inisitaif dan merancang strategi perniagaan supaya lebih kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada program Taklimat Rentas Sempadan, Pembanguna­n, Kemudahan Geran dan Peluang PKS Sedia Eksport anjuran Dewan Perdaganga­n ASEAN.

Selain itu, diminta mengulas mengenai desas-desus berhubung pengaturan semula landskap politik negara, Dzulkifli menegaskan bahawa perniagaan tempatan tidak harus melihat keadaan ekonomi dan politik sebagai satu halangan yang menyekat mereka melebarkan perniagaan mereka.

“Saya dapati pasaran saham dan ringgit susut hari ini tetapi saya sendiri tidak bimbang... ini hanya kesan sementara (kerana) Malaysia masih sebuah negara yang stabil,” katanya.

Ketidakpas­tian yang menyelubun­gi landskap politik negara telah menyebabka­n indeks petunjuk pasaran itu turun ke paras terendahny­a sejak Disember 2011.

Setakat rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.54 peratus atau 38.94 mata berbanding paras penutup 1,531.20 pada Jumaat.

Ringgit pula turun 240 mata asas untuk dibuka pada 4.2140/2180 berbanding dolar AS berbanding paras penutup 4.1900/1940 pada Jumaat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia