Utusan Borneo (Sabah)

Terbang jauh dengan tambang lebih murah bersama AirAsia

- AMANDA

KUCHING:Terbang lebih jauh dengan tambang lebih murah bersama AirAsia yang menawarkan tetamu tempat duduk pada tambang sifar buat pertama kalinya ke pelbagai destinasi jarak jauh popular, termasuk Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India.

Menurut kenyataan akhbar AirAsia kelmarin, terdapat sejuta tempat duduk promosi bagi penerbanga­n AirAsia X dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik termasuk Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad.

Tambang promosi ini adalah percuma tidak termasuk cukai dan bayaran lain.

Para tetamu mempunyai tempoh 72 jam untuk membuat tempahan penerbanga­n dengan log masuk ke airasia. com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia dari 24 sehingga 26 Februari untuk perjalanan antara 1 Mac 2020 dan 31 Oktober 2020.

“Sebagai sebuah syarikat penerbanga­n yang membolehka­n semua orang terbang, kami amat teruja untuk melancarka­n jualan tempat duduk tambang sifar pertama bagi destinasi jarak jauh kami.

“Bukan hanya terdapat tempat duduk promosi yang dijual, tetapi kami juga telah memastikan tempoh perjalanan dilanjutka­n dari bulan Mac sehingga hujung Oktober untuk menarik minat para pelancong.

“Kami yakin bahawa tawaran menarik ini akan habis dijual dengan pantas maka kami menggalakk­an anda agar tidak menunggu hingga saat akhir untuk mengelakka­n kekecewaan,” kata Ketua Komersial Kumpulan

AirAsia, Amanda Woo dalam kenyataann­ya itu.

Penumpang yang ingin membuat penambahan seperti membuat pratempaha­n hidangan Santan atau menaik taraf tempat duduk ke ‘Zon Senyap’ boleh berbuat demikian di pautan Tempahan Saya dengan hanya tiga langkah mudah - Tekan, Pilih dan Bayar.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter. com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/ AirAsia).

Tempat Duduk Percuma tidak termasuk cukai lapangan terbang dan bayaran lain-lain serta tertakluk pada terma dan syarat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia