Utusan Borneo (Sabah)

Fresh & Pay adakan jualan diskaun istimewa dua kali sebulan

-

SIBU: Fresh & Pay Supermarke­t yang baharu beroperasi di sini akan mengadakan jualan diskaun istimewa sebanyak dua kali sebulan.

Penolong Pengurusny­a Ting Chung Hui berkata, sebelum ini ia dikenali sebagai Fair Price Supermarke­t namun kini ditukar nama syarikat bagi pengubahsu­aian premisnya.

“Pihak pengurusan menukar nama baharu dalam kita mengubah suai serta memberi imej baharu premis ini menjadi sebuah pasar raya serba lengkap dan apa yang penting kami menjual daging, ikan, telur, udang, makanan beku dan sebagainya yang segar.

“Semua makanan itu adalah hasil ternakan dan pengeluara­n kami sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Selain itu jelasnya, premis itu turut menjual barangan makanan kering, runcit dan keperluan dapur.

Menurutnya lagi, pada setiap Khamis, premis tersebut turut melancarka­n ‘Happy Hours’ dari jam 2 petang hingga jam 4 petang kepada para pelanggan dengan mengenakan harga murah bagi barangan terpilih sahaja.

Sempena dengan pembaharua­n tersebut, Ting berkata, perasmian premis itu akan diadakan pada 26 Februari ini.

“Pada hari pelancaran tersebut, kita juga akan mengenakan harga diskaun yang menarik kepada para pelanggan yang berkunjung sehingga 1 Mac ini.

“Para pelanggan boleh memohon untuk mendapatka­n kad ahli kita dengan hanya RM5 untuk seumur hidup di kaunter-kaunter kami di sini,” tambahnya lagi.

Fresh & Pay Supermarke­t yang beralamat di No.48, Kampung Datu di sini beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga jam 9.30 malam pada setiap hari.

 ??  ?? MUDAH DICARI: Fresh & Pay terletak di No.48, Kampung Datu di Sibu.
MUDAH DICARI: Fresh & Pay terletak di No.48, Kampung Datu di Sibu.
 ??  ?? SELESA: Antara barangan yang dijual di Fresh & Pay.
SELESA: Antara barangan yang dijual di Fresh & Pay.
 ??  ?? DIYAKINI: Ayam segar yang dijual di Fresh & Pay.
DIYAKINI: Ayam segar yang dijual di Fresh & Pay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia