Utusan Borneo (Sabah)

Rejim Israel bedil selatan Damsyik

Syria tembak jatuh misil musuh dalam serangan di lapangan terbang antarabang­sa

-

DAMSYIK: Rejim Israel kelmarin menyatakan ia telah menyerang beberapa pangkalan milik kumpulan militia Islamic Jihad berhampira­n Damsyik, sementara Syria mendakwa bahawa pertahanan udaranya telah menembak jatuh misil musuh.

Rejim menyatakan dalam satu kenyataan bahawa beberapa jet pejuang telah menyerang sasaran pengganas Islamic Jihad di selatan Damsyik selepas serangan roket dilancarka­n dari Semenanjun­g Gaza.

“Di wilayah Adeliyah, di luar Damsyik, sebuah kawasan Islamic Jihad telah diserang digunakan sebagai hab bagi aktiviti Islamic Jihad di Syria,” tambahnya, ketika mengesahka­n beberapa serangan lain di Gaza.

Islamic Jihad beroperasi di kedua-dua wilayah Palestin dan syria serta melancarka­n lebih 20 serangan roket dari Gaza sepanjang hari kelmarin. Seorang koresponde­n AFP di Damsyik mendengar beberapa letupan kuat sejurus sebelum waktu tengah malam.

Pihak Syrian Observator­y for Human Rights menyatakan serangan adalah berhampira­n dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa Damsyik.

Agensi berita negara Syria Sana menyatakan kebanyakan misil musuh telah ditembak jatuh sebelum sampai ke sasarannya, menegaskan bahawa tiada lapangan terbang telah diserang.

Sebelum Sana menyatakan pertahanan anti-udara telah diaktifkan terhadap serangan di kawasan Damsyik.

Sejak permulaan konflik Syria pada 2011, rejim Israel telah melancarka­n beratusrat­us serangan di Syria, kebanyakan­nya menyasarka­n pasukan tentera kerajaan termasuk pasukan bersekutu Iran dan pejuang Hizbullah.

Satu serangan misil dipercayai didalangi rejim Israel pada pertengaha­n Februari mengorbank­an tiga rakyat Syria dan empat pejuang Iran di kawasan lapangan terbang Damsyik, menurut kepada Syrian Observator­y for Human Rights. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIPINTAS: Gambar serahan SANA semalam menunjukka­n pertahanan udara Syria menembak jatuh misil Israel yang dilancarka­n menyasari satu lokasi penting di Damsyik.
— Gambar AFP DIPINTAS: Gambar serahan SANA semalam menunjukka­n pertahanan udara Syria menembak jatuh misil Israel yang dilancarka­n menyasari satu lokasi penting di Damsyik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia