Utusan Borneo (Sabah)

Empat askar Mali maut dalam serangan di kem tentera

-

BAMAKO: Empat anggota tentera Mali terkorban dan lapan orang tercedera kelmarin dalam satu serangan militan ke atas sebuah kem tentera di utara jauh negara, menurut pihak tentera Mali.

“Jumlah sementara adalah empat kematian, lapan kecederaan dan beberapa kenderaan telah dirampas,” kolonel tentera Boubacar Sanogoh, komander wilayah bagi wilayah Timbuktu, memberitah­u AFP.

Pangkalan luar di Bambara Maoude, kira-kira 100 kilometer di selatan bandar Timbuktu merupakan objektif serangan militan pada jam 5 pagi waktu tempatan, pihak tentera pada mulanya menyatakan di dalam Twitter bersama dengan angka awal bagi tiga kematian dan lima kecederaan, di samping kerosakan harta benda.

Menteri Komunikasi Yaya Sangare telah mengesahka­n angka kematian seramai empat orang dan menyatakan dalam Twitter bahawa selepas intervensi pasukan tentera udara Mali yang dibantu Barkhane (pasukan tentera diketuai Perancis) dan (misi PBB) MINUSMA, pangkalan itu berada di bawah kawalan (tentera).

Seorang pegawai tempatan menyatakan militan telah melarikan diri, kenderaan dan peralatan ketenteraa­n bersama mayat dua rakan mereka.

Sanogoh menyatakan beliau tidak dapat memberikan kematian di pihak penyerang.

Serangan itu merupakan yang terbaharu dalam siri panjang bagi insiden berdarah di utar Mali, di mana pasukan tentera Perancis menyatakan pada Jumaat lepas mereka telah membunuh kira-kira 50 militan pada bulan ini.

Pada awal Februari, 40 orang termasuk sembilan anggota tentera maut dalam beberapa siri serangan di tengah Mali, dengan kebanyakan kematian kelihatan berpunca daripada keganasan antara etnik yang turut menghantui negara.

Perancis menyatakan baru-baru ini ia telah memperkuku­hkan kontinjenn­ya dalam Operasi Barkhane daripada 4,500 kepada 5,100 pada hujung bulan.

Sementara itu, Presiden Mali Ibrahim Boubacar Keita membangkit­kan prospeks untuk membuka dialog dengan beberapa militan sebagai cara untuk mencari jalan keluar daripada konflik selama lapan tahun itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia