Utusan Borneo (Sabah)

Polis serang pangkalan tentera, dua maut di Haiti

-

PORT-AU-PRINCE: Pihak polis Haiti menuntut keadaan kerja yang lebih baik telah melakukan tembakan di ibu pejabat tentera kelmarin, mengorbank­an dua anggota tentera dan mencederak­an 12 orang lagi, menurut Kementeria­n Pertahanan, mendesak pihak kerajaan agar membatalka­n satu karnival akan datang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n pada perang Ahad, kerajaan menyatakan ia telah meneliti dengan bimbang dan kesal di mana keganasan telah berlaku di bahagian tertentu di kawasan metropolit­an Portau-Prince.

Dalam langkah untuk mengelakka­n satu pertumpaha­n dara, karnival yang dijadual dilangsung­kan pada Selasa ini dibatalkan, menurut kenyataan.

Laporan media menyatakan enam orang tercedera dalam serangan di Port-auPrince oleh apa yang dikatakan pihak kementeria­n sebagai penyerang bersenjata yang memakai topeng. “Kami telah dikepung. “Kami diserang dengan semua bentuk senjata, raifal serangan, koktel Molotov, gas pemedih mata,” Jeneral

Jodel Lessage memberitah­u AFP sebelum itu.

Beliau menyatakan anggota tentera telah membalas tembakan namun tidak memberikan jumlah kecederaan, mahupun beliau dapat menyatakan berapa ramai orang berada di ibu pejabat tentera, berhampira­n istana presiden, pada masa serangan.

Situasi masih lagi tegang seketika malam menjelma di bandar tersebut.

Selama beberapa bulan, pihak polis Haiti telah menuntut keadaan kerja yang lebih baik, terutama hak bagi membentuk sebuah kesatuan bagi memastikan ketelusan dalam rundingan dengan hierarki polis.

Pada minggu lepas, puluhan anggota polis berkumpul di jalan raya, menghalang jalan raya dan membakar beberapa kereta.

Pada Sabtu lepas, Presiden Jovenel Moise telah mengumumka­n langkah-langkah yang dirancangk­an bagi mengurangk­an krisis, termasuk pembentuka­n satu tabung pampasan bagi keluarga anggota polis yang terkorban ketika berkhidmat dan sebuah dana untuk menyediaka­n insurans buat anggota polis.

Haiti telah menyaksika­n peningkata­n dalam penculikan untuk mendapatka­n wang tebusan sejak awal tahun dan pertempura­n di antara kumpulan jenayah bermusuhan yang sering kali melakukan sekatan jalan di lebuh raya.

Negara Caribbean turut dibelenggu­i krisis politik selama lebih setahun ketika penduduk menuntut bagi perletakan jawatan Moise.

Sejak memegang kuasa pada Februari 2017, Moise telah berdepan dengan kemarahan sebuah pergerakan pembangkan­g yang enggan untuk mengiktira­fkan kemenangan­nnya dalam pilihan raya yang mencurigak­an.

Moise turut dituduh terlibat dalam kegiatan rasuah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MASIH KACAU: Gambar fail 18 Februari menunjukka­n orang ramai membersihk­an kawasan Champ de Mars di Port-au-Prince selepas anggota kesatuan polis yang mengadakan tunjuk perasaan bertindak membakar gerai-gerai karnival sehari sebelumnya.
— Gambar AFP MASIH KACAU: Gambar fail 18 Februari menunjukka­n orang ramai membersihk­an kawasan Champ de Mars di Port-au-Prince selepas anggota kesatuan polis yang mengadakan tunjuk perasaan bertindak membakar gerai-gerai karnival sehari sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia