Utusan Borneo (Sabah)

29 cedera dalam serangan bom semasa rali pro-Abiy

-

ADDIS ABABA: Satu serangan bom ketika rali untuk menyokong Perdan Menteri Ethiopia Abiy Ahmed telah mencederak­an hampir 30 orang kelmarin, menurut seorang pegawai polis, dalam petanda terbaharu ketidaksta­bilan sebelum pilihan raya pada Ogos nanti.

Insiden berlaku di pekan Ambo, terletak kira-kira 100 kilometer di barat ibu negara Addis Ababa.

“Serangan bom semasa satu rali untuk Dr. Abiy telah mencederak­an 29 orang, di mana 28 orang telah menerima rawatan dan dihantar pulang,” Arasa Merdasa,pegawai kanan polis di wilayah Oromia di Ethiopia, di mana terletakny­a Ambo, memberitah­u Agensi Berita Ethiopia milik negara.

“Polis telah menahan enam orang yang disyaki dalam serangan,” menurut Arasa.

Suruhanjay­a pilihan raya Ethiopia telah menjadualk­an pilihan raya negara pada 29 Ogos.

Parti-parti pembangkan­g dan pertubuhan masyarakat awam telah mempersoal­kan sama ada pilihan raya akan berlangsun­g secara aman dan dapat dipercayai, memetik keganasan etnik yang berterusan sejak Abiy telah dilantik pada 2018 selepas bantahan antikeraja­an beberapa tahun.

Tempoh kempen rasmi bermula pada Mei.

Abiy tidak menghadiri rali kelmarin yang telah dianjurkan pegawai di Ambo.

Abiy, pemenang bagi Anugerah Nobel pada tahun lepas, berharap pilihan raya akan memastikan beliau mendapat satu mandat bagi meneruskan dengan satu agenda bercita-cita tinggi bagi perubahan politik dan ekonomi.

Arasa menyatakan serangan kelmarin dipercayai sebagai kerja Oromo Liberation Army (OLA), sayap pecahan bersenjata bagi Oromo Liberation Front, sebuah parti pembangkan­g.

Pihak berkuasa turut mempersala­hkan OLA bagi pembunuhan pada Jumaat lepas melibatkan pegawai kanan keselamata­n di Burayu, sebuah pekan Oromia terletak di luar Addis Ababa.

Serangan telah menyebabka­n tiga orang lagi tercedera, dan pihak polis berjanji akan memburu mereka yang bertanggun­gjawab, lapor Fana Broadcasti­ng Corporate.

Arasa menolak untuk menjawap soalan mengenai keganasan terbaharu di Oromia ketika dihubungi kelmarin, merujuk kepada seorang wartawan AFP dengan laporan Agensi Berita Ethiopia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DISASARI: Gambar serahan Pejabat Perdana Menteri Ethiopia pada 20 Februari lalu menunjukka­n Abiy (kanan) menerima mahkota kurun ke-18 daripada Sirak Asfaw yang menyimpann­ya selama dua dekad di pangsapuri­nya di Belanda, semasa upacara penyerahan ringkas di Addis Ababa. Sirak Asfaw, bekas pelarian yang kini warganegar­a Belanda, melarikan diri dari Ethiopia pada lewat 1970-an semasa kempen pembasmian ‘Red Terror’. Beliau menemui mahkota bersadur emas itu yang mempunyai imej Kristus dan 12 Pengikutny­a pada 1998 dalam beg pakaian yang ditinggalk­an seorang pelawat.
— Gambar AFP DISASARI: Gambar serahan Pejabat Perdana Menteri Ethiopia pada 20 Februari lalu menunjukka­n Abiy (kanan) menerima mahkota kurun ke-18 daripada Sirak Asfaw yang menyimpann­ya selama dua dekad di pangsapuri­nya di Belanda, semasa upacara penyerahan ringkas di Addis Ababa. Sirak Asfaw, bekas pelarian yang kini warganegar­a Belanda, melarikan diri dari Ethiopia pada lewat 1970-an semasa kempen pembasmian ‘Red Terror’. Beliau menemui mahkota bersadur emas itu yang mempunyai imej Kristus dan 12 Pengikutny­a pada 1998 dalam beg pakaian yang ditinggalk­an seorang pelawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia