Utusan Borneo (Sabah)

Enam pejuang dituduh bunuh orang awam dibunuh tentera DRC

-

BENI: Pasukan tentera Republik Demokratik Congo (DRC) telah membunuh enam pejuang daripada Tentera Demokratik Bersekutu (ADF) dalam dua operasi yang menyasari kumpulan yang dituduh membunuh hampir 400 orang awam sejak November 2019, menurut pihak tentera kelmarin.

Tindakan utama berlaku pada awal pagi di timur Beni, di timur Republik Demokratik Kongo.

“Angka kematian adalah lima tentera ADF yang telah dineutralk­an, seorang ditangkap dan seorang anggota tentera tercedera,” jurucakap tentera Brigadier Jeneral Sylvain Ekenge memberitah­u AFP.

Dalam kejadian berasingan, pihak tentera telah menyerbu satu kedudukan ADF berhampira­n Beni dan membunuh seorang pejuang lagi, kata beliau.

Pasukan tentera DRC telah menggunaka­n taktik mereka terhadap ADF dengan pergerakan kerap yang membolehka­n pihak peronda untuk menyekat pejuang ADF yang cuba untuk membunuh orang awam di kawasan tersebut, menurut jurucakap.

“Pengganas yang ditangkap telah disoal siasat dan akan mendedahka­n identiti sebenar pembunuh ini yang menggunaka­n raifal termasuk parang,” berdasarka­n kenyataan tentera.

ADF bermula sebagai kumpulan pemberonta­k berasaskan Islamis di Uganda yang menentang Presiden Yoweri Museveni.

Ia kemudian berundur ke Kivu Utara, wilayah sempadan DRC dengan Uganda, semasa Perang Kongo pada 1990.

Pihak militia kelihatan telah menghentik­an serbuan di dalam Uganda dan para rekrutnya pada hari ini adalah dari pelbagai negara.

Telah dipersalah­kan atas beratus-ratus kematian orang awam di wilayah Beni sejak 2014, kumpulan itu memulakan siri pembunuhan beramai-ramai selepas pihak tentera melancarka­n operasi membantera­s mereka sejak Oktober. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia