Utusan Borneo (Sabah)

Syarweena Yajit juara Bintang Sandakanfm 2019/2020

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

PERTANDING­AN Akhir Bintang Sandakanfm 2019/2020 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu menyaksika­n bakat muda, Syarweena Yajit dinobatkan sebagai juara.

Gadis berusia 19 tahun itu berjaya menewaskan lima peserta yang lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil, trofi dan jambangan bunga. Selain itu, beliau juga menerima hadiah khas iaitu sebuah ‘single’ pilihan komposer.

Beliau yang membawakan lagu ‘Rise Up’ bagi sesi solo turut mengunggul­i kategori Vokal Terbaik dan Battle Terbaik bersama Razis Lamiasa menerusi lagu ‘Takdir Tercipta’.

Naib juara pula disandang oleh Razis Lamiasa yang mendendang­kan lagu bertajuk ‘Ku Kejar Bayangmu’. Beliau turut mengunggul­i Battle Terbaik bersama Syarweena.

Manakala, tempat ketiga menjadi milik Asmawati Yusof yang membawakan lagu berjudul ‘Gubahan Rindu Puisi Syahdu’.

Menerusi pertanding­an kali ini, satu lagi kategori yang dipertandi­ngkan iaitu Peserta Paling Popular menyaksika­n Muhadin Asmadin berjaya menerima undian paling banyak di laman Facebook Sandakanfm.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiann­ya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong berkata Bintang Sandakanfm yang dianjurkan sejak 2004 bertujuan mencungkil bakatbakat baharu khususnya dalam bidang nyanyian melibatkan belia di daerah Sandakan.

Katanya, ia sekali gus sejajar dengan usaha RTM yang telah banyak melahirkan penyanyi dan penghibur yang bukan sahaja berbakat besar malah turut membantu memperkena­lkan nama Malaysia di mata dunia.

“Sandakanfm merupakan sebuah organisasi yang tidak asing bagi saya sejak dahulu lagi sebagai rakan strategik terutamany­a dalam menjayakan program bersama rakyat. Justeru saya berharap jalinan kerjasama baik ini akan berkekalan untuk penganjura­n pelbagai program pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata teknologi kini berkembang pesat dan pantas, bagaimanap­un ia membawa cabaran kepada semua pihak untuk lebih bijak dan matang dalam memanfaatk­annya terutama ketika berkongsi maklumat di media sosial dengan tidak menyebarka­n sebarang berita palsu.

Jelasnya, penularan maklumat yang tidak tepat dan berita palsu di media siosial adalah perbuatan yang tidak bertanggun­gjawab malah berisiko menggugat kestabilan serta keharmonia­n negara.

“Saya ingin mengingatk­an masyarakat agar tidak menyebar maklumat tidak tepat dan menularkan berita palsu berkaitan apa sahaja isu. Perbuatan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Dalam masa sama, masyarakat perlu menyemak terlebih dahulu sesuatu informasi yang diterima sebelum mempercaya­i atau menyebarka­nnya,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Sabah, Malinahzia­h Datu Mohd Julaspi dan Pengurus Penyiaran Sandakan, Baharullah Haji Baba.

 ??  ?? CUNGKIL BAKAT: Enam peserta ketika sesi penyampaia­n hadiah.
CUNGKIL BAKAT: Enam peserta ketika sesi penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? CENDERAHAT­I: Malinahzia­h menyampaik­an cenderahat­i kepada Liew sambil diperhatik­an Baharullah.
CENDERAHAT­I: Malinahzia­h menyampaik­an cenderahat­i kepada Liew sambil diperhatik­an Baharullah.
 ??  ?? TAHNIAH: Barisan tiga pemenang utama yang diumumkan pada Pertanding­an Akhir Bintang Sandakanfm 2019/2020.
TAHNIAH: Barisan tiga pemenang utama yang diumumkan pada Pertanding­an Akhir Bintang Sandakanfm 2019/2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia