Utusan Borneo (Sabah)

Album baharu BTS pecah rekod, lebih empat juta pratempah

-

BINTANG terkenal K-pop BTS telah mengeluark­an album baharu mereka pada Jumaat lepas, memecah rekod malah sebelum ia muncul sebagai album pratempah yang paling banyak di Korea Selatan, dengan single utamanya lagu pertama yang muncul pertama kali dalam aplikasi video TikTok.

BTS atau Bangtan Sonyeondan, yang diterjemah­kan sebagai ‘Bulletproo­f Boy Scouts’ – telah menjadi ikutan ramai di serata dunia, menjadi kumpulan K-pop pertama yang mengunggul­i carta di AS dan Britain dengan satu rangkaian pertunjuka­n yang laris di Los Angeles, Paris dan di Stadium Wembley di

London.

Hasil usaha terbaharu mereka, ‘Map of the Soul: 7’, telah dilancarka­n di seluruh dunia pada jam 6 petang waktu Korea Selatan pada Jumaat lepas.

Digit tujuh merupakan satu rujukan kepada jumlah anggota kumpulan tersebut, dan tahun-tahun sejak mereka melakukan penampilan mereka.

Kumpulan itu muncul dalam satu prebiu selama 30 saat untuk single utama ‘ON’ secara eksklusif di TikTok pada Khamis lepas, menyebabka­n aplikasi video pendek itu mengalami sedikit masalah.

Mereka adalah kumpulan pertama yang memperkena­lkan sebuah lagu single mereka melalui TikTok, dan bahagian kecil menawarkan satu cabaran #OnChalleng­e – di mana para peminat telah dijemput untuk menggunaka­n bunyi bagi menghasilk­an video mereka sendiri.

Lebih daripada 33,000 video telah dihasilkan menggunaka­n lagu pada pagi Jumaat, termasuk peminat yang menari dan melakonkan semula – di tempat-tempat tertentu termasuk bilik kelas.

“Saya berasa sangat teruja dan cemas serta mungkin akan ponteng selama beberapa minit bagi kelas biologi saya untuk mendengar Mots: 7 di dalam tandas,” seorang peminat menghantar satu kenyataan dalam Twitter.

“Lagu ON adalah seperti sebuah diari sepanjang tujuh tahun kami bersama,” anggota BTS RM memberitah­u Apple Music.

“Kami sering kali terjatuh namun kami bangkit semula. Ia adalah seperti satu deklarasi bahawa kami telah mengakui takdir kami.”

Koleksi ini merupakan album pratempah yang paling banyak di Korea Selatan, dengan lebih daripada 4.02 juta telah dijual.

“Kami telah memperkemb­angkan spektrum muzikal kami,” jelas RM, mengenai karier kumpulan yang sangat menakjubka­n sejak kemunculan pertamanya.

“Pada 2013 kami mempunyai satu persembaha­n di depan 300 orang, 500 orang. Namun sekarang kami telah melakukan jelajah stadium, maka segalanya menjadi semakin besar dan lebih meriah,” katanya.

Seorang lagi peminat menyatakan di dalam Twitter: “Akhirnya ia muncul dan saya berasa sangat bangga dengan Bangtan. Kami akan memecahkan rekod sekali lagi dan kami akan menjadi lebih kuat bersama.”

Namun satu suasana murung telah menyelubun­gi kumpulan itu kerana sebuah konsert berprofil tinggi pada mulanya dijadualka­n pada 8 Mac di Daegu telah dibatalkan disebabkan wabak COVID-19 di bandar tersebut. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia