Utusan Borneo (Sabah)

LTTE: Dua lelaki termasuk ADUN Seremban Jaya dilepas, dibebas

Peguam Negara arah hentikan prosiding berkuat kuasa serta-merta

-

KUALA LUMPUR: Selepas lebih empat bulan ditahan di Penjara Sungai Buloh berhubung pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekare­n dan pemandu teksi V. Balamuruga­n semalam dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi yang berasingan di sini.

Perintah itu dikeluarka­n Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar memaklumka­n pihaknya mendapat arahan daripada Peguam Negara supaya tidak meneruskan prosiding terhadap keduadua tertuduh.

Mohamad Suffian juga berkata arahan itu adalah mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah dan memaklumka­n bahawa pihaknya tidak mempunyai alasan lain, oleh itu, terpulang kepada budi bicara mahkamah untuk membuat keputusan.

Muhammad Jamil, yang mendengar satu daripada kes Gunasekare­n, 61, berkata memandangk­an pendakwaan telah memohon untuk menghentik­an prosiding terhadap tertuduh mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah dan tidak mempunyai alasan lain maka mahkamah menggunaka­n budi bicaranya untuk membuat keputusan.

“Oleh itu, mahkamah memerintah­kan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapiny­a,” kata hakim tersebut.

Mohd Nazlan juga membuat keputusan sama dengan melepas dan membebaska­n Gunasekare­n daripada pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE.

Terdahulu, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Gunasekare­n, memberitah­u mahkamah bahawa memandangk­an pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes terhadap Gunasekare­n, pembelaan memohon supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan, bukannya dilepas tanpa dibebaskan.

“Dalam kenyataan media baru-baru ini, Peguam Negara Tan Sri Thommy Thomas memutuskan bahawa tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.

“Peguam Negara juga telah memutuskan untuk menghentik­an prosiding terhadap kesemua tertuduh berkuat kuasa serta-merta,” kata peguam itu.

Selepas mahkamah membuat keputusan, ADUN itu memeluk dan mendukung cucu lelakinya sejurus keluar dari kandang tertuduh.

Gunasekare­n didakwa memberi sokongan kepada LTTE dengan cara menggunaka­n aplikasi sosial Facebook atas nama ‘DAP Guna Palanisamy’di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman di sini pada 2 petang 7 Okt ober 2019.

Dia juga berdepan pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, Melaka lebih kurang 8.30 malam pada 28 Nov 2018.

Gunasekare­n didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ahmad Shahrir melepas dan membebaska­n Balamuruga­n, 38, daripada lima pertuduhan yang dihadapiny­a.

Mohamad Suffian turut memaklumka­n mahkamah bahawa pihak pendakwaan mungkin tidak akan mendakwa semula tertuduh pada masa akan datang.

Balamuruga­n didakwa memberi sokongan kepada LTTE dalam satu majlis, memiliki item yang mempunyai unsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan itu dan mempamerka­n item berunsurka­n perbuatan ganas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tiga lokasi di Sungai Siput Utara, Perak iaitu di Dewan Majlis Perbandara­n Kuala Kangsar; Pekarangan Stesen Teksi dan Taman Bukit Medan, Perak dan di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Cawangan Khas Bukit Aman antara 28 Disember 2014 hingga 10 Okt 2019.

Bagi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE, Balamuruga­n didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman sama manakala bagi pertuduhan memiliki dan mempamerka­n item, dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130JB(1)(b) yang berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun, atau denda, dan dilucuthak­kan mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.

Balamuruga­n diwakili peguam J. Matthews, Omar Kutty Abdul Aziz dan Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.

Sementara itu, Ramkarpal ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata Gunasekare­n telah dibebaskan sepenuhnya dan tidak akan menghadapi apa-apa prosiding selepas ini.

“Bagi tertuduh lain, kemungkina­n kami akan kembali ke mahkamah dalam masa dua atau tiga hari lagi supaya mereka juga akan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Gunasekare­n dan Balamuruga­n mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak terutama peguam masingmasi­ng.

Beberapa pemimpin DAP, termasuk penasihat parti itu Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, hadir di mahkamah. — Bernama

“ Oleh itu, mahkamah memerintah­kan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapiny­a.

Datuk Muhammad Jamil Hussin

Hakim

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS: Mahkamah Tinggi semalam melepas dan membebaska­n P. Gunasekare­n (tiga kiri) daripada dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE.
— Gambar Bernama BEBAS: Mahkamah Tinggi semalam melepas dan membebaska­n P. Gunasekare­n (tiga kiri) daripada dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia