Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu teksi teruskan permohonan cabar LTTE

-

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi V. Balamuruga­n yang dilepas dan dibebaskan daripada lima pertuduhan berkaitan dengan kumpulan LTTE meneruskan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk membatalka­n warta kerajaan yang menyenarai­kan kumpulan itu sebagai pengganas pada 2014.

Peguam Matthews Jude yang mewakili Balamuruga­n selaku pemohon berkata pihaknya meneruskan permohonan tersebut walaupun anak guamnya telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

“Pengisytih­aran oleh mahkamah adalah penting untuk menghentik­an penyiasata­n dan pendakwaan terhadap terhadap mana-mana individu yang menunjukka­n simpati kepada LTTE.

“Kami memohon perintah mahkamah untuk mengarahka­n menteri untuk mengeluark­an LTTE daripada senarai kumpulan pengganas,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya semalam.

Beliau berkata mahkamah juga menetapkan 2 Jun untuk mendengar permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan Balamuruga­n untuk membatalka­n warta kerajaan itu.

“Mahkamah memerintah­kan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku responden memfailkan afidavit pada 24 Mac selepas pihak pemohon memohon untuk melanjutka­n masa,” katanya.

Peguam Kanan Persekutua­n Mohammad Sallehuddi­n Md Ali mewakili kedua-dua responden.

Pada 8 Januari lepas, Balamuruga­n, 38, memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman memohon suatu perintah certiorari bagi membatalka­n serta-merta butiran mengenai LTTE di dalam Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pengisytih­aran Entiti Ditentukan Dan Kehendak Untuk Melapor) (Pindaan) 2014 bertarikh 12 Nov 2014.

Balamuruga­m memohon suatu pengisytih­aran dan/ atau deklarasi bahawa butiran mengenai LTTE dalam perintah itu tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai manakala kemasukan butiran mengenai LTTE adalah batal dan tidak sah yang ia adalah ‘ultra vires’ atau melangkaui Perlembaga­an Persekutua­n.

Terdahulu, di Mahkamah Tinggi lain, Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh melepas dan membebaska­n Balamuruga­n atas lima pertuduhan berkaitan LTTE selepas dimaklumka­n pihak pendakwaan tidak meneruskan prosiding terhadap tertuduh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia