Utusan Borneo (Sabah)

Tiga sektor hadapi masalah kelesuan kritikal warga kerja

Pengangkut­an darat, pembinaan, kesihatan perlu perhatian serius

-

KUALA LUMPUR: Sektor pengangkut­an darat, pembinaan dan kesihatan adalah tiga sektor yang kritikal dan perlu diberi perhatian lebih serius bagi menangani masalah kelesuan dalam kalangan warga kerja, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, ketigatiga sektor ini dikenal pasti sebagai sektor yang lazim dan berisiko dengan masalah kelesuan dalam kalangan warga kerjanya sehingga terdedah kepada kemalangan membabitka­n perjalanan ulang-alik tempat kerja.

Perkara itu dikenal pasti oleh Majlis Negara bagi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) berdasarka­n statistik Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), katanya dalam ucapan aluan pada Seminar dan Kempen Kesedaran Pengurusan Kelesuan Peringkat Kebangsaan Untuk Anggota Kesihatan di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Mahfuz berkata, secara keseluruha­n 35,195 kemalangan membabitka­n perjalanan ulang-alik tempat kerja direkodkan tahun lepas dengan 666 membabitka­n kemalangan maut iaitu secara purata, dua kemalangan maut berlaku setiap hari di Malaysia untuk perjalanan ulang-alik tempat kerja.

Justeru, beliau berkata pengurusan bagi masalah kelesuan yang seringkali berlaku dalam kalangan pekerja sama ada dari sektor awam mahupun swasta perlu diberi perhatian dan penekanan bagi mengelakka­n berlakunya kemalangan.

Mahfuz berkata, sebagai permulaan, MNKKP melalui Persatuan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) menganjurk­an program sulung yang melibatkan pengurusan kelesuan iaitu Kempen dan Seminar Pengurusan Kelesuan Kebangsaan bagi Penyedia Perkhidmat­an Kesihatan untuk tahun ini.

Ujar beliau program menerusi kempen itu akan dilaksanak­an secara berterusan bagi memastikan masalah kelesuan dalam kalangan anggota kesihatan dapat dikurangka­n dan diatasi.

“Antara program yang dianjurkan adalah Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja, Minggu Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan, dan Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di pelbagai sektor dan industri di seluruh negara,” jelasnya.

Selain itu, pelbagai kerjasama turut dijalankan antara MNKKP dengan agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan pengamal Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) untuk meningkatk­an tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di negara ini.

Sementara itu, Dzulkefly dalam ucapan perasmian seminar berkata Kementeria­n Kesihatan memandang

“Antara program yang dianjurkan adalah Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja, Minggu Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan, dan Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di pelbagai sektor dan industri ” di seluruh negara.

Datuk Mahfuz Omar Timbalan Menteri Sumber Manusia

serius masalah kelesuan dalam kalangan anggota kesihatan kerana ia memberi kesan kepada keselamata­n para pesakit seperti hal yang berkait rapat dengan ‘error, negligence’ yang turut memberi kesan kepada keselamata­n dan kebajikan anggota kesihatan itu sendiri.

Katanya, kelesuan sebagaiman­a ‘hazard’ lain di tempat kerja haruslah diurus dengan baik kerana ia bukan sahaja boleh menyebabka­n kemalangan semasa dalam perjalanan malah kecederaan atau kemalangan di tempat kerja seperti kecederaan tertusuk jarum suntikan dan kesilapan membuat perskripsi mahupun mendespens­i ubatan.

Sehubungan itu, kajian komprehens­if berkenaan penilaian risiko kelesuan dalam kalangan anggota kesihatan di hospital kerajaan akan dijalankan kementeria­n itu bersama agensi kerajaan lain, universiti, korporat dan NGO untuk menangani dan mengurus kelesuan dengan lebih berkesan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK:Dr Dzulkefly (dua kiri) melancarka­n seminar dan kempen kesedaran mengenai pengurusan kelesuan di kalangan anggota kesihatan peringkat kebangsaan di sebuah hotel di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK:Dr Dzulkefly (dua kiri) melancarka­n seminar dan kempen kesedaran mengenai pengurusan kelesuan di kalangan anggota kesihatan peringkat kebangsaan di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia