Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga Allahyarha­m Wahida Abdul Rahman terima pencen penakat PERKESO

-

JOHOR BAHRU: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Johor semalam menyerahka­n bayaran faedah caruman kepada Ismail Bahari, iaitu suami penyanyi Yayasan Warisan Johor (YWJ) Wahida Abdul Rahman, yang meninggal dunia akibat kanser payudara, 5 Februari lepas.

Pengarah PERKESO Johor Tong Sing Chuang berkata penyerahan faedah caruman itu melibatkan faedah pengurusan mayat berjumlah RM1,800 dan faedah pencen penakat RM2,119.50 yang bakal diterima setiap bulan oleh Ismail, 49, serta kesemua enam anak mereka.

Tong berkata Wahida merupakan penerima pencen ilat PERKESO setelah disahkan oleh sidang jemaah doktor pada 8 Mei tahun lepas namun, pencen tersebut ditangguhk­an kerana Allahyarha­m masih bekerja ketika itu, sehingga beliau tidak lagi bekerja pada 1 Oktober lepas.

“Beliau (Wahida) menerima pencen ilat selepas menamatkan perkhidmat­annya di YWJ dan selepas beliau meninggal dunia pada awal Februari lalu, kita menukarkan pencen ilat berkenaan kepada pencen penakat, yang mana pencen penakat akan diberikan kepada waris iaitu suami arwah sebanyak RM2,119.50 sebulan seumur hidup, sementara anak pula sehingga mereka berumur 21 tahun atau sehingga mereka melanjutka­n pelajaran peringkat ijazah pertama.

“Pecahan pemberian pencen penakat untuk suami adalah 3/5 manakala untuk anak sebanyak 2/5 di mana suami akan menerima RM1,271.70 sebulan seumur hidup manakala RM847.80 untuk kesemua enam anak,” katanya kepada pemberita pada majlis serahan pencen penakat kepada Ismail di pejabat YWJ, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah YWJ Sharil Nizam Abdul Rahim dan adik kepada Allahyarha­m Wahida, Shahida Abdul Rahman.

Tong dalam pada itu berkata statistik pembayaran faedah bagi PERKESO Johor, pada tahun lepas, menunjukka­n pembayaran lebih dari RM100 juta diberikan melibatkan 31,512 kes, membabitka­n faedah hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, pencen ilat, pencen penakat, faedah orang tanggungan serta faedah pengurusan mayat.

Sementara itu, Ismail berkata beliau bersyukur dengan faedah yang diterima dan akan memanfaatk­an sebaiknya untuk keperluan mereka sekeluarga.

“Perkeso banyak membantu dalam urusan ini, saya tidak berapa faham tentang prosedur semuanya tetapi pihak Perkeso banyak membantu, dengan memberikan penjelasan dan maklumat berhubung faedah pencen ini.

“Jadi, saya amat berterima kasih atas bantuan ini, sedikit sebanyak membantu kehidupan saya dan anak-anak,” katanya yang berkhidmat sebagai Pegawai Kebudayaan di YWJ.

Allahyarha­m Wahida, 41, dikesan menghidap kanser payu dara pada 2016 sebelum ia merebak ke paruparu dan seterusnya ke otak, sehingga beliau meninggal dunia pada 5 Feb lalu.

Allahyarha­m yang berkhidmat dengan YWJ sejak Oktober 2013, meninggalk­an enam anak iaitu Mohamad Hazieq, 19, Hasya Diena, 16, Hanis Diyana, 15, Haresya Elena, 9, Muhammad Harith Iffat, 7, dan Hanan Aika Inara, 4. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia