Utusan Borneo (Sabah)

16 peserta menyertai Kelas Belajar Ngajat

- Oleh Watt Zacchaeus

SERAMAI 16 peserta menyertai Kelas Belajar Ngajat Wanita Siri 1/2020 anjuran Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sibu (KEMADA) di Kem Rascom, Batu 10 di Sibu.

Kelas itu dikendalik­an guru kelas Ngajat KEMADA, Daisy Jupa yang mengajar tentang ‘Kajat Ngelalu Ke Temuai’ dan ‘Kajat Indu’ merupakan tarian kebudayaan masyarakat Iban.

Peserta berumur antara 10 hingga 35 tahun terdiri daripada pelajar/muridmurid sekolah dan ibu mereka.

Majlis penutupan dan penyampaia­n sijil tamat kelas itu disempurna­kan oleh Pengerusi KEMADA, Jakery Chukan.

Jakery dalam ucapannya berkata, KEMADA terus komited mengendali­kan apa-apa kelas berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Dayak di sini pada masa akan datang.

Katanya, selepas ini KEMADA menganjurk­an kelas Ngajat Orang Ulu untuk wanita bagi siri kedua selepas tarian Ngajat Iban itu dijangka pada Mac depan.

Beliau memberitah­u, KEMADA juga turut mengendali­kan kelas Ngajat untuk golongan lelaki sekiranya ada sambutan.

“Apa menarik kelas siri pertama selain peserta tempatan, ia turut disertai tiga beranak beragama Islam dari Semenanjun­g Malaysia dan seorang peserta Islam juga dari Semenanjun­g Malaysia.

“Ini sudah pasti menjadi kenangan manis buat mereka datang ke Sarawak kerana dapat belajar tarian kebudayaan kita. Lepas mereka balik ke tempat asal nanti merupakan satu pengalaman sangat menarik,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, peserta dari Semenanjun­g Malaysia itu adalah warga Kem

Rascom, Batu 10 yang mengikuti bapa mereka bertugas sebagai anggota tentera di sini.

Justeru, Jackery memberitah­u kelas-kelas ini harus dimanfaatk­an oleh anak-anak muda Dayak meskipun sekarang banyak tarian moden mempengaru­hi golongan tersebut. “Sekarang ada banyak tarian moden seperti pocopoco dan sebagainya tetapi bukan budaya kita. Adalah lebih wajar kita mempertaha­n atau sekurangku­rangnya menguasai satu tarian tradisiona­l sendiri.

“Tarian tradisiona­l seperti Ngajat amat unik dan menarik dari segi lenggang-lenggoknya dan amat mencabar dipelajari tetapi tidak susah sekiranya berusaha dan serius mempelajar­inya,” jelas beliau.

Hadir sama Naib Pengerusi KEMADA Samual Albert Tegap, Ahli Jawatankua­sa (AJK) Persembaha­n KEMADA, Paul Tuah dan AJK Kebajikan KEMADA, Timothy Jagak.

Sementara itu, mereka berminat mengikuti kelas Ngajat anjuran KEMADA boleh menghubung­i Jackery di talian 019-8390839 bagi maklumat lanjut.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: peserta.
Jackery (duduk, tiga kiri), Daisy (duduk, tiga kanan) serta yang lain bersama
UNTUK ALBUM: peserta. Jackery (duduk, tiga kiri), Daisy (duduk, tiga kanan) serta yang lain bersama
 ??  ?? PERTAHAN BUDAYA: Jackery (duduk, tiga kiri), Daisy (duduk, tiga kanan) serta yang lain bersama peserta.
PERTAHAN BUDAYA: Jackery (duduk, tiga kiri), Daisy (duduk, tiga kanan) serta yang lain bersama peserta.
 ??  ?? PENGALAMAN BAHARU: Daisy (berdiri, empat kiri) merakamkan kenangan dengan peserta.
PENGALAMAN BAHARU: Daisy (berdiri, empat kiri) merakamkan kenangan dengan peserta.
 ??  ?? TAMAT KELAS: Jackery (empat kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta.
TAMAT KELAS: Jackery (empat kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta.
 ??  ?? KENANGAN: Daisy (berdiri, empat kanan) merakamkan kenangan dengan peserta.
KENANGAN: Daisy (berdiri, empat kanan) merakamkan kenangan dengan peserta.
 ??  ?? BERBAKAT: Peserta melenggok badan mereka semasa kelas tersebut.
BERBAKAT: Peserta melenggok badan mereka semasa kelas tersebut.
 ??  ?? DEMI KEBUDAYAAN: Peserta memberikan pose istimewa.
DEMI KEBUDAYAAN: Peserta memberikan pose istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia