Utusan Borneo (Sabah)

Matt Barber Shop Premium, lain daripada yang lain

- MOHD YUSOF

KUALATEREN­GGANU: Melihatkan penampilan sekumpulan anak muda ini pasti ada yang mengandaik­an mereka adalah peragawan atau pramugara.

Dengan rupa yang tampan, bertubuh tinggi lampai dan segak berpakaian seragam, ramai yang tidak menyangka mereka adalah tukang gunting rambut di cawangan premium Matt Barber Shop (Matt Barber Shop Premium) di Kuala Terengganu, yang sentiasa memikat pelanggan melalui kehandalan mengguntin­g pelbagai gaya rambut.

Bukan itu sahaja, pelanggan Matt Barber Shop Premium pasti akan terpukau dengan hiasan dalaman dan susun atur kedai gunting berkonsepk­an moden dan eksklusif itu yang direka sendiri pemiliknya, Mohd Yusof Taib.

Mohd Yusof berkata penampilan tukang gunting yang mempunyai ‘pakej lengkap’ dan hiasan dalaman kedai itu adalah inisiatifn­ya untuk tampil berbeza berbanding kedai gunting ‘hipster’ lain yang kini muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

“Tukang gunting di cawangan premium ini adalah yang terpilih dari cawangan-cawangan Matt Barber Shop yang lain. Mereka bukan sahaja perlu kemas dari segi penampilan tetapi cara potong (rambut) mereka juga lebih maju.

“Pakaian seragam mereka juga saya yang reka. Ini bagi membezakan cawangan premium dengan cawangan-cawangan Matt Barber Shop yang lain,” katanya kepada Bernama.

Selain itu katanya, cawangan premium itu juga menyediaka­n bilik ‘VIP’ bagi pelanggan yang inginkan suasana lebih tenang, selesa dan privasi.

“Apabila saya buat kelainan di cawangan premium ini beberapa tahun lepas, sambutan yang diterima sangat menggalakk­an. Sejak itu, saya sedar bahawa kini pelanggan sudah tidak mahu kedai gunting yang biasa. Mereka mahukan sesuatu yang luar biasa dan sanggup untuk membayar lebih,” katanya.

Matt Barber Shop Premium menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an mengguntin­g rambut kepada pelanggan lelaki pelbagai peringkat umur dengan harga antara RM10 hingga

RM50.

Mohd Yusof yang berusia 38 tahun itu berkata minatnya terhadap bidang gunting rambut berputik sejak kecil lagi apabila melihat ibu bapanya mengguntin­g rambut beliau dan adikadikny­a.

“Saya ada lapan adikberadi­k dan lima daripada kami adalah lelaki. Jadi, kalau hendak bawa kami berlima gunting rambut sekurang-kurangnya dua minggu sekali di kedai memang mahal jadi emak dan ayah yang gunting sendiri rambut kami, dari situ saya nekad untuk membuka kedai sendiri,” kata anak sulung itu.

Pada 2006, Mohd Yusof mula berkecimpu­ng dalam bidang itu dengan bekerja di kedai gunting selama tiga bulan sebelum membuka kedai sendiri di Wakaf Tebesu di sini.

Namun, perjalanan pemuda ini dalam bidang perniagaan tidak semuanya indah apabila terpaksa beberapa kali ‘menutup’ kedainya kerana kekurangan ilmu perniagaan.

Kini setelah 14 tahun, beliau mampu tersenyum bangga apabila berjaya membuka 10 cawangan Matt Barber Shop iaitu dua cawangan premium di Kuala Terengganu dan Kuantan, Pahang serta lapan cawangan biasa di sekitar Kuala Terengganu serta Kemaman.

Dengan slogan #andapastik­acak, Matt Barber Shop mempunyai 50 tukang gunting yang terlatih dan berpengala­man luas termasuk enam orang tukang gunting di cawangan premium Kuala Terengganu dan empat di Kuantan.

Rasa cinta terhadap bidang gunting rambut juga membuatkan anak jati Kuala Terengganu ini membuka Akademi Matt Barber sejak 2016, bagi melahirkan pelapis tukang gunting rambut yang berkemahir­an tinggi.

Kini, Akademi Matt Barber yang terletak di Padang Midin, di sini telah melahirkan lebih 100 tukang gunting yang terlatih dan mempunyai sijil.

“Melalui akademi ini juga kita buat amal kebajikan dengan menghantar para pelajar menjalani latihan praktikal di beberapa tempat seperti rumah anak-anak yatim, sekolah agama dan sekolah rendah,” katanya.

Meskipun telah mengecapi kejayaan, namun Mohd Yusof tidak mudah berpuas hati dan merancang untuk melebarkan sayap ke seluruh negara.

Dalam pada itu, Mohd Yusof juga yakin keputusann­ya menceburi bidang penggayaan rambut adalah tepat memandangk­an masa depan dalam bidang ini sangat cerah dan tidak akan lapuk dek zaman.

“Kemahiran ini (gunting rambut) sentiasa diperlukan dan tidak boleh dijual secara dalam talian. Relevan atau tidak bidang ini kita perlu lihat negaranega­ra maju seperti United Kingdom, di sana masih banyak kedai gunting dibuka di tepi-tepi jalan.

“Lagipun, bidang ini tidak boleh diciplak atau ditiru. Hanya mereka yang rajin belajar untuk meningkatk­an kemahiran akan berjaya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAN GAYA TERSENDIRI: Pekerja Matt Barber Shop Premium, Mohd Islah Abdul Wahab (kanan) mengguntin­g rambut pelanggan dengan gaya serta trend terkini di cawangan Matt Barber Shop Premiumdi Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama DENGAN GAYA TERSENDIRI: Pekerja Matt Barber Shop Premium, Mohd Islah Abdul Wahab (kanan) mengguntin­g rambut pelanggan dengan gaya serta trend terkini di cawangan Matt Barber Shop Premiumdi Kuala Terengganu semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? HANDAL: Pekerja Matt Barber Shop Premium, Mohamad Al-Faateh Abdul Wahab (berdiri, kiri) bersama rakan sekerja lain mengguntin­g rambut pelanggan.
— Gambar Bernama HANDAL: Pekerja Matt Barber Shop Premium, Mohamad Al-Faateh Abdul Wahab (berdiri, kiri) bersama rakan sekerja lain mengguntin­g rambut pelanggan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia