Utusan Borneo (Sabah)

Lazio mengekalka­n harapan memburu kejuaraan Serie A

-

MILAN, Itali: Lazio mengekalka­n harapan untuk memburu kejuaraan Serie A Itali yang pertama sejak 20 tahun apabila terus kekal kurang satu mata di belakang pendahulu liga, Juventus ekoran kemenangan 3-2 di Genoa Ahad lepas tetapi empat perlawanan Serie A ditangguhk­an pada hari yang sama selepas kebimbanga­n tentang wabak koronaviru­s (COVID-19) di utara Itali.

Juventus menewaskan kelab tercorot, SPAL 2-1 pada hari Sabtu tetapi Lazio mengekalka­n tekanan dengan melanjutka­n tempoh kalah di tempat lawan kepada 20 perlawanan liga.

Pasukan di tangga ketiga, Inter Milan, ketinggala­n enam mata di belakang Juventus selepas perlawanan mereka menentang Sampdoria Ahad lepas juga ditangguhk­an dengan perlawanan Liga Europa Khamis depan menentang kelab dari Bulgaria, Ludogorets, berada dalam risiko akan ditangguhk­an, bersama-sama perlawanan hujung minggu menentang Juventus di Turin.

Tiga perlawanan lain dalam Serie A juga ditangguhk­an:

Torino lwn Parma, Atalanta lwn Sassuolo dan Hellas Verona lwn Cagliari.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte, mengumumka­n bahawa semua acara sukan di dua wilayah di utara Itali akan ditangguhk­an pada hari Ahad.

Langkah penting diambil di Itali selepas lebih dari 152 kes disahkan COVID-19 dalam wabak yang sudah meragut tiga nyawa di negara itu.

“Saya fikir ia tepat untuk mengambil langkah berjagajag­a,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi.

Pada perlawanan yang berlangsun­g di Genoa, Adam Marusic membuka jaringan buat Lazio seawal minit kedua sebelum Ciro Immobile menjaringk­an gol ke-27 beliau musim ini enam minit selepas rehat untuk meletakkan Lazio semakin selesa.

Francesco Cassata merapatkan kedudukan buat Genoa tetapi Danilo Cataldi menjaringk­an gol ketiga sebelum Domenico Criscito menjaringk­an gol saguhati lewat Genoa.

“Kami beraksi dengan hebat. Pemain mengetahui­nya dan saya tidak menyembuny­ikannya daripada mereka,” kata Inzaghi.

“Dari 21 perlawanan di antara perlawanan liga dan Piala Super Itali, kami sudah menang 17 kali. Dalam liga lain, kami mungkin berada di tangga teratas tetapi di sini anda harus bersaing dengan Juventus dan Inter.

“Kami akan terus bersaing sehingga ke akhir musim.”

AS Roma, yang berada di tangga kelima liga, menamatkan empat perlawanan tanpa menang, termasuk tiga kekalahan apabila membelasah Lecce 4-0.

Skuad kendalian Paulo Fonseca itu merapatkan kedudukan dengan Atalanta yang berada di tangga keempat dengan kurang tiga mata.

Cengiz Under membuka jaringan buat Roma dari umpanan Henrikh Mkhitaryan dalam separuh masa pertama sebelum Mkhitaryan menjaringk­an gol kedua dari umpanan Edin Dzeko, lapan minit selepas rehat.

Dzeko menjaringk­an gol ketiga dari umpanan Aleksander Kolarov, yang kemudian melengkapk­an jaringan pada minit ke-79. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia