Utusan Borneo (Sabah)

Atletico mudah jinakkan Villarreal, Sevilla naik ke tangga ketiga liga

-

MADRID, Sepanyol: Atletico Madrid mengekalka­n rentak dari kemenangan ke atas Liverpool dalam Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu apabila menewaskan Villarreal dalam La Liga Sepanyol Ahad lepas dengan Joao Felix meraikan kepulangan­nya dari kecederaan dengan gol liga yang pertama sejak bulan September.

Felix dimasukkan dari bangku simpanan di Wanda Metropolit­ano selepas hampir sebulan kerana kecederaan kaki dan pemain berusia 20 tahun itu kelihatan cergas apabila menjaringk­an gol ketiga ketika Atletico menang 3-1.

Kieran Trippier juga kembali dari kecederaan dan terlibat dalam gol kedua Atletico yang dijaringka­n oleh Koke.

Angel Correa sebelum itu mengikat gol pembukaan Paco Alcacer untuk Villarreal.

Ketiadaan konsistens­i bermakna Atletico kini berada di tangga kelima liga, 12 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona, yang membelasah Eibar 5-0 pada perlawanan hari Sabtu.

Tetapi rentak mereka kembali di landasan ketika Atletico cuba memburu empat tangga teratas di akhir musim dan mengekalka­n keyakinan dari kemenangan 1-0 ke atas Liverpool pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu.

Kemenangan melonjak skuad kendalian Diego Simeone ke tangga ketiga liga, berkongsi mata dengan Sevilla.

Sevilla mengembali­kan harapan untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara apabila menewaskan pesaing utama mereka dalam saingan empat tangga teratas liga, Getafe, 30 dalam aksi La Liga Sepanyol Ahad lepas, kemenangan pertama mereka dari enam perlawanan.

Prestasi buruk menjejaska­n peluang Sevilla untuk memburu kelayakan ke Eropah tetapi mereka memusnahka­n pertahanan Getafe dengan empat gol dari jaringan Lucas Ocampos, Fernando Reges dan Jules Kounde.

Kemenangan bermakna Sevilla naik ke tangga ketiga liga, satu mata di hadapan Getafe dan tiga mata di hadapan Real Sociedad di tangga kelima, walaupun Sociedad kurang satu perlawanan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia