Utusan Borneo (Sabah)

SJKC Chi Wen dinobatkan juara keseluruha­n

Mengutip 16 pingat emas dalam Kejohanan Akuatik MSS WP Labuan Kategori Sekolah Rendah

-

LABUAN: SJKC Chi Wen dinobatkan sebagai juara keseluruha­n bagi Kategori Sekolah Rendah dengan kutipan 16 pingat emas, 12 pingat perak dan 12 pingat gangsa di Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah (MSS) Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakan di Kolam Renang Sekolah Antarabang­sa Labuan pada 10-14 Februari lalu.

Murid tahun 6 SJKC Chi Wen, Bowen Chin Bao Wen, dipilih sebagai atlet cemerlang bagi kategori 12 tahun ke bawah selepas berjaya memenangi 6 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 gangsa.

Pingat emasnya dimenangi melalui acara 100 meter gaya bebas, 100 meter gaya lentang, 50 meter gaya bebas dan 3 pingat emas lagi melalui acara berganti-ganti.

Pingat perak pula diperolehi melalui acara 50 meter gaya kupu-kupu, 100 meter gaya dada dan 100 meter gaya kupu-kupu manakala pingat gangsa dalam acara 50 meter gaya lentang.

Bagi kategori 8 tahun ke bawah pula, Raydan Tan Rui Teng murid tahun 2 adalah atlet cemerlang pada tahun ini.

Beliau meraih 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Pingat emas diperolehi melalui cara 50 meter gaya lentang dan 50 meter gaya kupu-kupu. Bagi cara 50 meter gaya bebas, beliau memperoleh­i pingat perak dan gangsa dalam acara 50 meter gaya dada.

Kuartet lelaki dan perempuan SJKC Chi Wen paling mencuri tumpuan pada kejohanan kali ini.

Mereka mencipta rekod baru bagi acara 4 X 50 meter rampaian dan 4 X 50 meter gaya bebas.

Kuartet lelaki yang diketai oleh Bowen Chin Bao Wen (12 tahun), Dylan Su Yu Herng (11 tahun), Nicholas Tiong Sheng Voon (9 tahun) dan Azriel Jeffri Chin (9 tahun) juga berjaya memenangi pingat emas dan mencatatka­n masa 3:00.90s memadamkan rekod sebelumnya 3:15.26s yang disandang oleh Sekolah Antarabang­sa Labuan.

Dalam acara 4 X 50 meter gaya bebas, kuartet ini sekali lagi membawa pulang pingat emas dengan catatan rekod baru kejohanan iaitu 2:26.88s meleburkan rekod lama 2:37.69s yang dipegang oleh SK Pekan Dua.

Bagi kuartet perempuan 12 tahun ke bawah, SJKC

Chi Wen yang dianggotai oleh Nicole Tiong Yen Hui (10 tahun), Jessalyn Chiam (11 tahun), Erica Chin Ming Er (12 tahun) dan Chen You Zhen (12 tahun) berjaya meraih 2 pingat emas.

Dalam acara 4 X 50 meter rampaian, mereka berjaya mencatat rekod baru 3:10.53 memadamkan rekod lama 3:30:69s yang dipengang oleh Sekolah Antarabang­sa Labuan.

Mereka sekali lagi mencatat rekod baru dalam acara 4 X 50 meter gaya bebas iaitu 2:41.50s memadamkan rekod lama 2:48.94s kepunyaan Sekolah Antarabang­sa Labuan.

Kejayaan itu diteruskan lagi oleh kuartet campuran yang diangotai oleh Bowen Chin Bao Wen, Azriel Jeffri Chin, Chen You Zhen dan Nicole Tiong Yen Hui yang memenangi pingat emas bagi acara 4 X 50 meter gaya bebas campuran.

Turut hadir semasa majlis penutupan itu ialah Penolong Kanan Ko Kurikulum SJKC Chi Wen, Chen Vun Shu.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada atletatlet­nya yang telah berjuang dan memperoleh­i kejayaan yang cemerlang.

Selain itu, beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sokongan kepada atlet-atlet SJKC Chi Wen.

“Semoga SJKC Chi Wen akan terus meraih kejayaan dalam pelbagai bidang pada tahun ini,” katanya.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah Pendidikan WP Labuan Raisin Saidin .

Turut hadir Pengerusi Teknik Akuatik MSS Labuan Rahman Jaafar.

 ??  ?? JUARA: Raisin (kanan) menyampaik­an piala juara keseluruha­n kepada Cikgu Chen sambil diperhatik­an perenang SJKC Chi Wen.
JUARA: Raisin (kanan) menyampaik­an piala juara keseluruha­n kepada Cikgu Chen sambil diperhatik­an perenang SJKC Chi Wen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia