Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Hijau kekal juara Olahraga SK Lubok Temiang 2020

-

LABUAN: Rumah Hijau berjaya mengekalka­n gelaran juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Temiang Wilayah Persekutua­n Labuan Ke18 2020 yang diadakan di Kompleks Sukan Labuan, baru-baru ini.

Naib johan Rumah Merah, ketiga Rumah Kuning dan Rumah Biru di tempat keempat.

Rumah Hijau terus cemerlang apabila diumumkan sebagai juara pertanding­an perbarisan, kedua Rumah Kuning, ketiga Rumah Merah dan keempat Rumah Biru.

Maskot Terbaik diberikan kepada Rumah Merah manakala Komander Terbaik dimenangi Rumah Hijau menerusi Adam Khairin Asmali @ Faizal.

Atlet Rumah Hijau, Adam Khairin Asmali @ Faizal yang juga murid Tahun 6 Arif dinobatkan sebagai Olahragawa­n SK Lubok Temiang 2020 selepas meraih 4 pingat emas.

Manakala gelaran Olahragawa­ti SK Lubok Temiang 2020 disandang atlet Rumah Merah, Hizuanie Mohd Hazlan (6 Arif).

Atlet Harapan Lelaki pula menjadi milik atlet Rumah Kuning, Joeharrey Noh Joraime manakala Atlet Harapan Perempuan diraih

Norfadzila­h Kalanla dari Rumah Hijau.

Majlis perasmian penutup dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Penolong Pengarah Sektor Pentaksira­n dan Peperiksaa­n, Jabatan Pendidikan Labuan Joe Hellmy Jumat.

Turut hadir Guru Besar SK Lubok Temiang Haji Adam Abdul Rahim, Penolong Kanan Pentadbira­n Roslan Mohamad, PK Hal Ehwal Murid Sunah Tahir dan PK Kokurikulu­m Rahman Jaafar serta Yang Dipertua PIBG Mohd Dzulfaizal Ab Manan.

Dalam ucapan ringkasnya, Joe Hellmy mendoakan semoga kontinjen

SK Lubok Temiang akan berjaya mengekalka­n kejuaraan yang mereka sandang di Kejohanan Olahraga MSSWPL 2019.

“Saya yakin dengan kemampuan dan kesungguha­n jurulatih yang dibantu pentadbir dan guru-guru, kontinjen SK Lubok Temiang akan mampu memberikan saingan sengit kepada sekolah lain sekaligus mempertaha­nkan kejuaraan pada edisi lalu.

“Sesuai dengan motto sekolah ‘SKLT Tatap Majal’ guru dan atlet berganding bahu menjalanka­n tugas masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Adam berharap menerusi program sukan seperti itu bukan sahaja akan melahirkan barisan atlet yang berwibawa tetapi juga memiliki disiplin yang tinggi untuk mewakili sekolah dan Labuan.

Pada masa sama, ia akan dapat mencungkil lebih ramai bakat terpendam dalam acara olahraga untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Beliau tidak lupa mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada semua guru rumah sukan yang bertungkus lumus melatih atlet sejak seminggu lalu.

“Ucapan terima kasih saya tujukan kepada semua guru dan kakitangan yang bekerjasam­a menjayakan Kejohanan Olahraga SK Lubok Temiang 2020.

“Sikap bekerja dalam satu pasukan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan iaitu program itu berjalan lancar dan mencapai matlamatny­a,” katanya.

Adam turut merakamkan ucapan penghargaa­n kepada Angkatan Pertahanan Awam dan ibu bapa yang memenuhi Kompleks Sukan Labuan untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka sekaligus memeriahka­n kejohanan yang berakhir jam 6 petang.

 ??  ?? JUARA: Joe Hellmy (dua kiri) dan Haji Adam (tiga kanan) meraikan kejayaan Rumah Hijau menjuarai Kejohanan Olahraga SKLT 2020.
JUARA: Joe Hellmy (dua kiri) dan Haji Adam (tiga kanan) meraikan kejayaan Rumah Hijau menjuarai Kejohanan Olahraga SKLT 2020.
 ??  ?? PUAS HATI: Joe Hellmy dan Haji Adam (tengah) bersama guru-guru berpuas hati Kejohanan Olahraga SKLT 2020 berjalan lancar.
PUAS HATI: Joe Hellmy dan Haji Adam (tengah) bersama guru-guru berpuas hati Kejohanan Olahraga SKLT 2020 berjalan lancar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia