Utusan Borneo (Sabah)

Phoong memantau projek pembaikan Kompleks Sukan

-

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe memantau kerja-kerja pembaikan Kompleks Sukan Kota Kinabalu dan Kompleks Sukan Penampang bagi memastikan ia siap mengikut jadual dan mematuhi spesifikas­i yang ditetapkan.

Phoong berazam untuk memastikan kesemua projek pembaikan dan penaiktara­fan kompleks sukan di seluruh Sabah, dilaksanak­an dengan baik dan lancar.

Antara kerja-kerja pembaikan Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang telah disiapkan termasuk pembinaan semula lantai konkrit gelanggang bola keranjang, pemasangan papan bola keranjang baru, penurapan semula ruang parkir dan menaiktara­f golf arena (Driving Range).

Manakala kerja yang telah disiapkan di Kompleks Sukan Penampang adalah seperti pembaikan konkrit retak bangunan pejabat dan astaka.

Phoong berkata, semua projek pembaikan dan penaiktara­fan kompleks sukan di Sabah sentiasa dipantau bagi memastikan ia dapat dilaksana dengan baik dan rakyat menerima manfaatnya.

Tambahnya, adalah penting berkhidmat kepada rakyat dengan tulus ikhlas, turun padang dan memberitah­u situasi sebenar projek yang dilaksanak­an.

“Kerajaan Sabah mahu setiap rakyat dapat menikmati sepenuhnya setiap projek pembanguna­n yang dilaksanak­an,” katanya.

Ini juga merupakan antara kerja pembaikan dan penaiktara­fan kemudahan sukan melalui peruntukan khas RM3 juta oleh Kerajaan Sabah.

Pemantauan itu turut disertai oleh pegawai pembanguna­n Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah, jurutera Lembaga Sukan Sabah, kakitangan kompleks sukan dan kontraktor.

 ??  ?? PANTAU: Phoong memantau kerja penaiktara­fan di Golf Arena (Driving Range) Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.
PANTAU: Phoong memantau kerja penaiktara­fan di Golf Arena (Driving Range) Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia