Jaujan bidas laporan tular di media sosial

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Hj Jaujan Hj Sambakong, membidas dan menafikan laporan yang tular menerusi media sosial kononnya beliau dan seorang lagi Ahli Parlimen dari Lahad Datu, disahkan positif COVID-19.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata laporan tersebut yang mengaitkan dengan sebuah portal dan tidak memetik mana-mana sumber, adalah fitnah semata-mata untuk memburukka­n imej dan reputasi pemimpin serta kerajaan negeri Sabah.

“Laporan portal ini adalah rekaan sematamata yang berniat jahat untuk memburukka­n reputasi pemimpin kerajaan serta menimbulka­n kegusaran kepada orang ramai.

“Saya bertugas seperti biasa, malah pada hari Rabu, saya sama-sama menghadiri majlis pengumuman Ketua Menteri mengenai Pakej Bantuan COVID-19 bersama pemimpin negeri yang lain.

“Ahli Parlimen dari Lahad Datu juga ada bersama kita dalam beberapa acara sebelum ini dan tidak mengalami sakit atau menjalani rawatan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Laporan yang tular itu tidak memetik dari mana-mana sumber, hanya antara lain menyebut bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan disahkan positif COVID19 oleh sebuah hospital swasta di ibu negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.