Maritim, PPM adakan pemantauan bersepadu PKP tanpa henti

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau dan Pasukan Polis Marin (PPM) membuat pemantau bersepadu 24 jam tanpa henti di perairan negara sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, anggota Maritim dan PPM terus melaksanak­an pengawasan dan pemantauan PKP khususnya di sekitar perairan Tawau sehingga 14 April depan.

“Saya bersama pegawai Medan dari Markas Operasi PPM Tawau turut serta dalam pemantauan ini yang melibatkan dua aset bot peronda Maritim Malaysia dan dua bot ronda PPM,” katanya.

Beliau berkata, semasa pemantauan dijalankan, kebanyakan yang ditemui merupakan penduduk setempat dari Pulau Sebatik yang ingin membeli keperluan harian di bandar Tawau.

“Pihak penguat kuasa mengambil pendekatan dengan menasihatk­an mereka supaya sentiasa mematuhi PKP dan mengamalka­n cara kebersihan yang disyorkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Beliau turut menasihatk­an tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa demi memastikan PKP ini dipatuhi bagi mencapai hasil yang dihasratka­n serta terus mematuhi arahan yang dikeluarka­n oleh Kerajaan Malaysia sehingga COVID-19 dapat dibendung.

“Pemantauan PKP seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya memberi kesedaran maksimum seterusnya kesan positif kepada komuniti maritim khususnya,” katanya.

PEMANTAUAN: Bot ronda Maritim dan PPM menjalanka­n operasi PKP bersama di perairan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.