Utusan Borneo (Sabah)

Junz perincikan langkah-langkah MAFI di waktu PKP

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah memperinci­kan langkahlan­gkah yang diambil bagi meneruskan kelangsung­an kehidupan penduduk Sabah di ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanak­an.

Menterinya Datuk Junz Wong berkata, kesemua petani, nelayan dan penternak berdaftar di bawah MAFI dibawah kategori B40 akan diberi bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300.

“Bantuan RM300 ini adalah langkah sementara untuk meringanka­n beban yang dihadapi petugas barisan hadapan akibat kesan penularan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, pengusaha kecil sederhana agro yang berkecimpu­ng dalam sektor pertanian, perikanan dan penternaka­n boleh memohon untuk pakej pinjaman daripada Sabah Credit dengan kadar faedah serendah 2 peratus.

Pihak yang berminat diminta menghubung­i Pasukan Tindak MAFI di 014-339 4766 atau 017-212 3521 untuk makluman lanjut.

Untuk sektor logistik dan pengangkut­an pula, Junz berkata segala urusan penghantar­an hasil pertanian dan penternaka­n seperti sayur, ikan dan daging boleh diteruskan bagi memastikan bekalan makanan untuk penduduk Sabah tidak terputus.

“Oleh itu, penghantar­an hasil dari Kundasang ke kawasan lain tidak akan disekat oleh mana-mana pihak berkuasa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaska­n bahawa sekatan untuk penghantar­an baja tanaman masih disekat sehingga 31 Mac. Pihak yang terkesan diminta menunggu pengumuman lanjut pada minggu hadapan.

“Penghantar­an seperti baja tanaman masih disekat. Tetapi sekatan logistik ini terkecuali untuk hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan makanan ternakan seperti makanan ayam dan ikan bagi memastikan kelangsung­an bekalan makanan.

“Sila pastikan bahawa jumlah pekerja dihadkan kepada dua orang sahaja bagi mengurangk­an pergerakan dan sentuhan,” katanya.

Berkenaan industri kelapa sawit, Junz berkata larangan ke atas penuaian hasil baharu masih dikuatkuas­akan, namun penghantar­an hasil yang telah dituai ke kilang boleh diteruskan sehingga 27 Mac.

“Segala operasi penuaian baharu harus dihentikan sehingga 31 Mac 2020. Pada waktu ini, pemilik ladang tidak boleh memberhent­ikan pekerja dan harus memastikan pekerja berada dalam lingkungan ladang untuk memastikan pergerakan dipantau dan dikawal.

“Sekatan ini boleh dikecualik­an melalui ‘case by case’ basis. Kerajaan akan ‘micromanag­e’. Pihak yang ingin dikecualik­an diminta menghubung­i MAFI di 014-339 4766 ataupun 017-212 3521 bagi memohon secara bertulis pelaksanaa­n operasi pembasmian dan pembersiha­n oleh KKM,” katanya.

Junz menyimpulk­an bahawa keadaan ini melangkaui pengiraan keuntungan dan hasil kerana pihak Kerajaan Sabah mengambil pendirian untuk tidak merisikoka­n nyawa orang ramai. Oleh itu, orang ramai diseru terus bersabar dan bekerjasam­a di waktu getir ini.

 ??  ?? JUNZ
JUNZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia