Utusan Borneo (Sabah)

Pakej Bantuan COVID-19 Sabah bersifat ambil peduli denyut nadi rakyat: Ma’mun

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pakej Bantuan COVID-19 Sabah yang berjumlah RM670 juta merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk mengambil peduli denyut nadi rakyat yang terbeban dengan masalah wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman berkata, dalam pakej bantuan ini kerajaan Sabah sudah menyatakan kesediaann­ya memberikan bantuan untuk memberikan pengecuali­an bil air dan diskaun 30 peratus bil elektrik.

“Di samping itu, bantuan khas sebanyak RM500 (one-off) kepada golongan kurang berkemampu­an juga dilihat tanda keprihatin­an kerajaan negeri terhadap kesusahan rakyat menjalani kehidupan selama berada dalam PKP ini,” katanya.

Menurutnya, peruntukan RM30 juta untuk memberikan elaun kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sangat dihargai kerana mereka merupakan barisan hadapan yang menjaga komuniti di kampung masing-masing.

“Sebelum ini kerajaan Persekutua­n telah membekukan elaun MPKK dan sangat menyukarka­n semua MPKK yang ada di Sabah. Oleh itu, keprihatin­an kerajaan terhadap barisan hadapan di kampung merupakan tindakan yang tepat.

“Kami sebagai wakil rakyat sangat menghargai bantuan segera kerajaan negeri untuk terus membantu rakyat dan ianya juga harus diagihkan secara adil dan saksama,” katanya.

Ma’mun juga menasihatk­an semua rakyat supaya akur dan reda dengan wabak yang menular sangat pantas.

“Kita harus bekerjasam­a mematuhi arahan kerajaan supaya dapat memutuskan rantaian wabak dengan jayanya.

“Sekiranya masyarakat tidak mengambil peduli dan kurang kesedaran, maka penularan akan terus berjalan dan lebih ramai lagi bakal jadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri Sabah dan Persekutua­n telah menyatakan beberapa jenis bantuan untuk rakyat buat masa ini.

“Bantuan itu harus disyukuri dan dimanfaatk­an sepenuhnya kerana memang tidak dinafikan aktiviti ekonomi masyarakat terjejas teruk terutanya golongan miskin tegar dan B40,” katanya.

 ??  ?? MA’MUN
MA’MUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia