Utusan Borneo (Sabah)

Syor kerajaan beri RM1,000 untuk ringan beban

Felo Akademi Sains Malaysia turut cadang kerajaan kaji ‘Pendapatan Minimum Terjamin’ untuk B40

- Oleh Jessica Jawing

“Saya juga mencadangk­an kepada kerajaan untuk memikirkan secara terperinci ‘Pendapatan Minimum Terjamin’ (hampir sama dengan konsep ‘Universal Basic Income’) untuk kumpulan ” B40. Dr Madeline Berma Felo Akademi Sains Malaysia

KUCHING: Felo Akademi Sains Malaysia Dr Madeline Berma mengesyork­an kerajaan memberi kira-kira RM1,000 untuk satu isi rumah bagi meringanka­n beban kewangan mereka yang hilang pendapatan susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, beliau mencadangk­an kerajaan memberi pinjaman mikro tanpa faedah, tanpa cagaran dan dibayar balik apabila ekonomi keluarga pulih.

“Saya juga mencadangk­an kepada kerajaan untuk memikirkan secara terperinci ‘Pendapatan Minimum Terjamin’ (hampir sama dengan konsep ‘Universal Basic Income’) untuk kumpulan B40,” katanya menerusi catatan Facebookny­a, semalam.

Madeline berkata kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat umum diharap dapat menyalur bantuan kepada golongan berpendapa­tan rendah yang menghadapi kesan mendalam susulan lanjutan PKP sehingga 14 April depan.

Menurut beliau kebanyakan mereka berpendapa­tan rendah bekerja, tetapi menerima pendapatan harian, tidak stabil dan kurang simpanan.

“Mereka bekerja keras sebagai penjaja, pekerja di sektor tidak formal, ibu tunggal, peniaga kecilan, kerja bergaji harian.

“Kajian saya mendapati, di Malaysia ‘income share’ kumpulan B40 sekitar 16 peratus,” tegasnya.

Namun ujar beliau, apa yang lebih membimbang­kan ialah mereka dalam kumpuan dua peratus terbawah.

Madeline berkata, mereka itu diibaratka­n ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.’

Malahan kata beliau, kebanyakan mereka penjaja dalam sektor tidak formal, kurang upaya, golongan tua yang tiada pencen dan uzur.

“PKP ini pasti menjejaska­n pendapatan dan kesejahter­aan hidup mereka.

“Mereka sudah tidak ada ‘cara untuk kais pagi, mahupun petang’,” ujarnya.

Madeline sekali lagi menegaskan, ramai yang sudah kehilangan sumber pendapatan, malah ada yang mula menggunaka­n wang dalam tabungan.

“Bagi yang tiada tabungan, talian hidup yang terbuka cumalah melalui berhutang maka tidak hairan jika hutang isi rumah, semakin meningkat dalam situasi semasa.

“Dengan itu saya juga berharap kerajaan akan menyalurka­n terus bantuan kewangan yang wajar untuk jangka masa PKP,” katanya.

 ?? MADELINE ??
MADELINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia