Utusan Borneo (Sabah)

Sultan, Sultanah Kedah sumbang peralatan perubatan kepada HSB

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff semalam berkenan mengurniak­an sumbangan peralatan perubatan bernilai lebih RM300,000 kepada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi merawat pesakit COVID-19.

Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n, Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n turut berkenan mengurniak­an sumbangan tersebut.

Peralatan perubatan itu adalah 20 unit mechanical bed, Mindray VP5 (10) and Mindray SP5 (lima) infusion pump, electrical bed (lima) dan masing-masing satu Medical Emergency Cart, defibrilla­tor, Mindray BeneHeart R3A ECG 3CH, Mindray VS600 serta Biological Isolation Chamber.

Sumbangan kurniaan Kerabat Diraja Kedah itu telah disampaika­n oleh Setiausaha Kerajaan

Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim yang mewakili Sultan Sallehuddi­n kepada Pengarah HSB Dr Zaiton Udin dan disaksikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Mohd Fikri Ujang di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Dalam titah ucapan Sultan Sallehuddi­n yang dibacakan Ammar, baginda menitahkan agar rakyat negeri ini untuk terus menjaga kesihatan dan kebersihan masing-masing berikutan Kedah telah mencatatka­n sebanyak 69 kes kumulatif setakat petang Rabu.

“Rakyat dinasihatk­an agar memastikan suasana sekeliling mereka terutamany­a persekitar­an rumah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan terjaga selain kerap mencuci tangan dan menggunaka­n cecair pembasmi kuman serta mengamalka­n jarakan sosial.

“Rakyat juga diseru untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk hari kesembilan dan terus berada di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting atau hal kecemasan. Diharap tiada sebarang aktiviti sosial atau berkumpul di luar rumah dilakukan sepanjang tempoh berkenaan bagi memastikan semua berada dalam keadaan selamat,” titah baginda.

Baginda turut mengingatk­an rakyat supaya tidak melakukan pembelian panik kerana kerajaan memberi jaminan bahawa barangan keperluan mencukupi dan perkara paling penting adalah jangan menyebarka­n berita palsu berkaitan COVID-19.

Sementara itu, Dr Mohd Fikri berkata sumbangan daripada Kerabat Diraja Kedah itu sememangya amat bermakna dan bertepatan kerana negeri ini juga sedang berdepan dengan wabak COVID-19.

“Kita sentiasa terbuka untuk menerima sumbangan dari badan bukan kerajaan (NGO) sama ada dalam bentuk perubatan atau lain-lain yang ingin membantu petugas-petugas yang berkhidmat di hospital. Buat masa ini, kita sedang berusaha untuk mendapatka­n semua peralatan perubatan berkaitan untuk menangani wabak ini termasuk peralatan perlindung­an diri (PPE),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia