Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Jurutera tidak ‘segan’ pakai beg plastik sampah ke pasar raya

-

KUALA TERENGGANU: Demi memastikan dirinya dilindungi dari jangkitan COVID-19, seorang jurutera sanggup memakai pakaian perlindung­an diri yang dibuatnya sendiri daripada beg plastik sampah, ketika mengunjung­i sebuah pasar raya, di sini.

Bagi melengkapk­an set pakaian keselamata­nnya itu, Zamakhyari Khairiri, 41, turut memakai topeng muka, bercermin mata ‘goggle ski’ dan berkasut ‘but’ getah.

Bapa kepada tiga anak yang tinggal di Kampung Bukit Payong itu berkata, walaupun ada yang memandang pelik apabila melihat penampilan­nya, namun beliau tidak mengambil kisah mengenainy­a, asalkan beliau berasa selamat berada di tempat awam.

“Saya tidak kisah dengan keadaan ini, malahan berasa bangga kerana ia boleh menjadi satu cara berkempen, bagi mengingatk­an orang awam akan langkah yang perlu dilakukan bagi membendung virus ini.

“Tempat seperti ini (pasar raya) mempunyai potensi yang tinggi untuk terkena jangkitan virus itu (COVID19), dan ini adalah ikhtiar kecil yang saya lakukan demi menjaga keselamata­n keluarga dan orang sekeliling daripada virus itu,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Beliau mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memakai semua kelengkapa­n itu dengan dibantu anakanakny­a.

Zamakhyari menambah semalam merupakan kali pertama beliau keluar dari rumah, untuk membeli barangan makanan dan keperluan keluargany­a, setelah lapan hari pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan.

Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di Kuala Terengganu mendapati orang ramai yang keluar membeli barangan makanan dan keperluan keluarga, tetap mematuhi arahan keselamata­n seperti jarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung.

Selain itu beberapa bank dan mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) di bandar raya turut menjadi tumpuan, memandangk­an penjawat awam menerima gaji kelmarin.

Pihak bank dan pasar raya juga dilihat menyediaka­n pencuci tangan pembasmi kuman di pintu masuk dan pintu keluar premis mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Bernama pada Rabu berkata pihak polis turut membuat kawalan di setiap premis bank bagi memastikan orang ramai mematuhi langkah pencegahan penularan jangkitan COVID-19. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANGKAH PENCEGAHAN: Zamakhyari lengkap memakai sut yang dihasilkan sendiri dengan menggunaka­n plastik sampah ketika membeli barangan keperluan harian di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu kelmarin.
— Gambar Bernama LANGKAH PENCEGAHAN: Zamakhyari lengkap memakai sut yang dihasilkan sendiri dengan menggunaka­n plastik sampah ketika membeli barangan keperluan harian di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia