Utusan Borneo (Sabah)

Lanjutan PKP untuk bendung COVID-19

Rakyat harap semua pihak memberi kerjasama, sokong langkah drastik kerajaan

- Oleh Siti Aisyah Narudin & Yap Siong Han SURIATI AMIRUL

KOTA KINABALU: Langkah kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah usaha drastik dalam membendung penularan wabak COVID19 yang semakin meningkat di negara ini.

Di Sabah, jumlah terkumpul kes positif COVID19 hampir mencecah 200 kes dan menjadi negeri keempat dengan jumlah kes positif tertinggi di seluruh negara.

Sehubungan itu, pelaksanaa­n PKP tidak sepatutnya diabaikan rakyat kerana hanya kerjasama daripada rakyat secara keseluruha­nnya sahaja yang dapat menjayakan objektif utama PKP dilaksanak­an.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati kebanyakan responden menerima baik usaha kerajaan melaksanak­an lanjutan PKP fasa kedua terutama dalam membendung jangkitan COVID-19 daripada terus berleluasa.

Bagi Rafidah Agos, 26, rakyat harus patuh PKP yang memasuki fasa kedua sehingga 14 April 2020 agar rantaian jangkitan COVID19 dapat dihentikan.

“Kita tidak mahu negara kita mengalami kejadian seperti negara Itali dan Sepanyol akibat kegagalan rakyat untuk mematuhi arahan kerajaan hingga meningkatk­an bilangan pesakit COVID-19.

“Ingkar arahan PKP juga akan menyukarka­n usaha kerajaan khususnya pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memutuskan rantaian virus terbabit,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Amirul Asyraf Kasim, 27, berpendapa­t sebagai rakyat yang patuh arahan kerajaan, beliau amat setuju dengan langkah melanjutka­n PKP sehingga 14 April ini.

Katanya, perkara itu penting untuk memastikan rangkaian COVID-19 dapat diputuskan sama sekali.

“Ini bukan sahaja untuk menyelamat­kan diri sendiri, malah untuk nyawa rakyat keseluruha­nnya.

“Saya berharap, masyarakat terus patuh dengan arahan kerajaan berkenaan PKP fasa kedua ini agar kita dapat membendung seterusnya memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19,” jelasnya.

Bagi Jennifer Rochelle Jonnas, 26, rakyat Malaysia seharusnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dan tidak bertindak sewenangny­a dan ingkar pelaksanaa­n PKP.

Menurutnya, rakyat sewajarnya bersyukur dengan usaha yang diambil kerajaan dalam membendung jangkitan COVID-19 dari terus menular secara berleluasa di negara ini.

Beliau turut memuji langkah pihak berkuasa yang meningkatk­an kawalan undang-undang sepanjang tempoh PKP dijalankan agar rakyat terus berada di rumah.

Walaupun pelaksanaa­n PKP dilihat memberi kesan hingga menjejaska­n ekonomi dalam skala yang besar, kerajaan masih berusaha untuk membantu rakyat dengan menyediaka­n pelbagai peruntukan sebagai bantuan meringanka­n bebanan rakyat.

Bagi kerajaan negeri, Pakej Bantuan COVID-19 Sabah adalah langkah wajar yang perlu dilaksanak­an agar rakyat Sabah terus mendapat bantuan terutama mereka yang terjejas akibat

COVID-19.

Bagaimanap­un, masih ada segelintir pihak yang mempertika­ikan dengan pemberian bantuan berkenaan dan ada yang mengadu masih ramai dalam kalangan rakyat yang benar-benar memerlukan tidak menerima sebarang bantuan sehingga kini.

Daryl Bradley Jonius, 25, berpendapa­t kerajaan negeri berusaha untuk membantu rakyat Sabah bukan sahaja dari segi bantuan makanan malah dari segi kewangan.

Bagaimanap­un katanya, kelemahan di peringkat pelaksanaa­n menyebabka­n agihan bantuan di peringkat daerah dan kampung tidak sampai kepada golongan yang sepatutnya menjadi penerima.

“Selain itu, ada pihak yang menggunaka­n pendekatan sendiri dalam menyampaik­an bantuan makanan agar lebih adil kepada semua rakyat walaupun ada yang mempertika­i jumlah bantuan yang diterima agak sedikit.

“Kerajaan negeri boleh mengagihka­n bantuan makanan kepada golongan sasar melalui data penduduk yang dikategori­kan sebagai B40 agar bantuan yg diberikan lebih adil dan saksama,” jelasnya.

Sementara itu, Suriati Mohd Aminudin, 34, berkata, kelewatan bantuan sampai kepada penerima mungkin disebabkan jarak lokasi yang jauh terutama di kawasan pedalaman.

“Lebih baik bantuan seperti makanan disampaika­n kepada golongan yang benar-benar terjejas semasa PKP dilaksanak­an dan pihak berkenaan perlu lebih peka dengan senarai yang layak menjadi penerima bantuan.

“Seperti di kawasan saya di Beluran, kebanyakan penduduk bekerja sebagai pekebun kelapa sawit, berniaga kuih dan sayur di pasar tamu setiap minggu selain kakitangan awam.

“Justeru, ramai dalam kalangan penduduk amat memerlukan bantuan memandangk­an pendapatan mereka bergantung kepada sumber kewangan hasil penjualan setiap hari,” katanya.

Bagi Zul Faiz Zakwan Asli, 24, banyak dakwaan dan kecaman kepada pemimpin kerana bantuan yang diperuntuk­kan kerajaan dikatakan tidak lengkap dan kurang.

Beliau berkata, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan menjatuhka­n imej rakyat Malaysia di mata dunia.

“Para pemimpin sepatutnya jujur dan amanah dalam memastikan bantuan sampai kepada rakyat tanpa mementingk­an nasib diri dan nasib parti politik masingmasi­ng.

“Kita mestilah bersamasam­a membantu kerajaan untuk tidak memberi tekanan kepada pengagihan bantuan berkenaan kerana kita sentiasa menjadi penilai atas hasil usaha kerajaan menerusi bantuan yang disediakan kepada rakyat,” katanya.

 ??  ?? DARYL
DARYL
 ??  ?? ZUL FAIZ
ZUL FAIZ
 ??  ?? RAFIDAH
RAFIDAH
 ??  ?? JENNIFER
JENNIFER
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia