Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk kampung terus patuh PKP

Demi membendung penularan wabak COVID-19, sekatan jalan diadakan di kampung

- JONIUN

KUDAT: Para pemimpin masyarakat di peringkat kampung menyahut seruan dan arahan pihak kerajaan mengenai pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan di seluruh negara sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Pada peringkat awal pelaksanaa­n PKP, para pemimpin di kampung-kampung khasnya di kawasan pedalaman seperti Ketua Kampung atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sentiasa mematuhi arahan PKP dengan mengadakan pelbagai inisiatif tersendiri.

Antara tindakan atau inisiatif yang dilakukan ialah mengadakan sekatan jalan raya di kawasan kampung, memasang papan tanda atau notis larangan memasuki kampung, dan ada juga yang mencipta alat pelindung sebagai penutup hidung dan mulut dengan menjahit sendiri alat berkenaan.

Pengerusi MPKK Kampung Kumbatang Jonium Atajau berkata, susulan dengan arahan PKP bagi mengekang penularan COVID-19, pihaknya bukan sahaja membuat hebahan makluman melalui media sosial kepada penduduk kampung dan sekitarnya, tetapi juga meletakkan papan tanda atau notis di tepitepi jalan di kawasan kampung untuk menghalang atau mengawal pergerakan ‘orang luar’ daripada masuk ke kawasan kampung tanpa kebenaran pihak pengurusan MPKK.

Katanya, pihak yang tidak dibenarkan memasuki kawasan kampung semasa pelaksanaa­n PKP masa kini antaranya ialah juru jual (salesman), pembeli besi buruk/tin, penjual atau penjaja, pengedar barangan jualan langsung dan penyebar agama serta para penduduk kampung yang berada di luar, seperti dari Kota Kinabalu atau lain-lain daerah.

“Semua penduduk kampung diminta peka terhadap kehadiran mereka ini, dan jika didapati mereka masuk ke kampung untuk tujuan berkenaan, mohon segera laporkan kepada pihak MPKK atau Ketua Kampung Kumbatang KK Jahia Ensok,” katanya sambil berharap informasi itu dapat disebarkan ke pelbagai grup WhatsApp yang berkaitan.

Beliau berkata, walaupun tindakan menghalang pergerakan keluar penduduk kampung dan sekatan orang luar daripada memasuki kampung mungkin menimbulka­n kesulitan, namun ia langkah terbaik untuk membantu usaha kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Bagaimanap­un, katanya, selaras arahan kerajaan tentang penguatkua­saan dan pelanjutan PKP sehingga 14 April depan, para penduduk kampung khasnya ketua keluarga atau wakil, masih boleh bergerak ke pekan atau ke kedai untuk mendapatka­n bahan makanan.

Menurutnya, mereka juga perlu mematuhi arahan penjarakan sosial( sekurang kurangnya satu meter) semasa berurusan di kedai atau pasar, misalnya di pekan Sikuati atau bandar Kudat, selain sentiasa mengutamak­an kebersihan diri serta menggunaka­n alat penutup hidung dan mulut.

Selain Kg Kumbatang yang terletak kira-kira 38 kilometer dari bandar Kudat dan bersempada­n dengan Kg Parapat Darat dan Kg Dualog, turut memasang notis larangan memasuki kampung ialah Kg Kudungkung dan sebagainya.

Joniun menambah, beberapa penduduk (kaum wanita) di kampung berkenaan juga turut mengambil inisiatif mencipta atau menjahit sendiri alat penutup hidung dan mulut untuk memenuhi kegunaan mereka sendiri ketika berurusan di luar, memandangk­an alat berkenaan agak sukar diperolehi di pasaran.

Beliau mengakui para penduduk kampung sememangny­a turut terkesan dengan pelaksanaa­n PKP dan berharap bantuan yang diumumkan kerajaan negeri Sabah dan Persekutua­n (Perikatan Nasional) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dapat disalurkan kepada rakyat secara terus dan menyeluruh agar semua rakyat, terutama penduduk kampung di pedalaman tidak tercicir atau terpinggir.

Dalam pada itu, penduduk Kg Minyak Kudat yang popular sebagai pusat industri pelanconga­n inap desa melalui Misompuru Homestay Kudat (MHK), turut mengadakan kawalan di jalan masuk kampung untuk memastikan penduduk kampung atau orang luar agar mematuhi arahan PKP, khasnya di peringkat awal pelaksanaa­nnya.

Lima kampung berhampira­n iaitu Kg Minyak, Kg Tanggui, Kg Rukom, Kg Terongkong­an Darat dan Kg Terongkong­an Laut mengambil inisiatif bergabung dan berpadu tenaga membantu mengadakan kawalan sekatan jalan secara sukarela demi memastikan arahan PKP benar-benar dipatuhi demi membendung dan memtuskan rantaian penularan wabak COVID19. — Artikel sumbangan Salman Abadi

 ??  ?? BERKAWAL: Penduduk lima kampung di sekitar Kg Minyak Kudat mengambil inisiatif mengadakan kawalan sukarela untuk memastikan orang ramai mematuhi arahan ‘duduk di rumah’ semasa PKP.
BERKAWAL: Penduduk lima kampung di sekitar Kg Minyak Kudat mengambil inisiatif mengadakan kawalan sukarela untuk memastikan orang ramai mematuhi arahan ‘duduk di rumah’ semasa PKP.
 ??  ?? NOTIS: MPKK Kampung Kumbatang Kudat turut memasang papan tanda sebagai notis atau makluman umum agar mematuhi pelaksanaa­n PKP.
NOTIS: MPKK Kampung Kumbatang Kudat turut memasang papan tanda sebagai notis atau makluman umum agar mematuhi pelaksanaa­n PKP.
 ??  ?? JAHIT SENDIRI: Penduduk Kg Kumbatang Kudat turut mengambil inisiatif menjahit sendiri alat penutup hidung dan mulut menggunaka­n kain.
JAHIT SENDIRI: Penduduk Kg Kumbatang Kudat turut mengambil inisiatif menjahit sendiri alat penutup hidung dan mulut menggunaka­n kain.
 ??  ?? INISIATIF: Penduduk Kg Kudungkung Kudat turut memasang notis larangan memasuki kawasan kampung sebagai amaran tentang bahaya wabak COVID-19.
INISIATIF: Penduduk Kg Kudungkung Kudat turut memasang notis larangan memasuki kawasan kampung sebagai amaran tentang bahaya wabak COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia