Utusan Borneo (Sabah)

15 SOLAT BERJEMAAH DITAHAN

Ingkar arahan PKP, babitkan surau dan masjid berasingan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pasukan Pemantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Sandakan telah menahan 15 individu di dua lokasi berasingan selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melaksanak­an solat secara berjemaah.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, 11 individu ditahan di Surau AlMunawara­h Kampung Mangkalina­u manakala empat lagi di Masjid AlBaraqah Kampung Lupak Meluas, Sandakan.

“Kesemua yang ditahan adalah lelaki berumur antara 12 hingga 64 tahun,” katanya kepada media selepas melakukan serbuan bersama anggota Pasukan Pemantau PKP Sandakan, di Masjid Al-Baraqah, Kampung Lupak Meluas, semalam.

Beliau berkata semua individu berkenaan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 22 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Mereka ini pun telah melanggar PKP jadi kita terpaksa bawa mereka ke balai untuk siasatan lanjut berkaitan melanggar peraturan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya.

Beliau yang mengetuai sepasukan Pemantau PKP telah pergi ke Surau Munawarah Mangkalina­u Batu 3, lebih kurang jam 6.50 petang.

“Dalam pemantauan itu mendapati 11 lelaki sedang menunaikan solat berjemaah dan enggan bersurai sebelum kesemua mereka ditahan,” katanya.

Manakala kes kedua, Azhar berkata beberapa agensi kerajaan telah memantau PKP COVID19 di Masjid Al-Baraqah Kampung Lupak Meluas Laut mendapati empat lelaki berkumpul untuk menunaikan solat berjemaah.

Ketika pasukan pemantau PKP sampai yang diketuainy­a lebih kurang jam 7.34 malam, beliau berkata mereka cuba melarikan diri sebelum ditahan.

Azhar berkata semua individu berkenaan dibawa ke Balai Bandar Sandakan untuk diambil keterangan sebelum didakwa di Mahkamah Majistret Sandakan.

Serbuan itu disertai oleh anggota penguat kuasa Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan dan Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS).

 ??  ?? PEMERIKSAA­N: Azhar bersama Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan Ustaz Haji Romzi Abdul Rahman (kiri) membuat pemeriksaa­n terhadap mereka yang ditahan ingkar PKP.
PEMERIKSAA­N: Azhar bersama Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan Ustaz Haji Romzi Abdul Rahman (kiri) membuat pemeriksaa­n terhadap mereka yang ditahan ingkar PKP.
 ??  ?? INGKAR PKP: Pasukan Pemantau PKP menahan 11 lelaki di dalam Surau AlMunawara­h Kampung Mangkalina­u.
INGKAR PKP: Pasukan Pemantau PKP menahan 11 lelaki di dalam Surau AlMunawara­h Kampung Mangkalina­u.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia