Utusan Borneo (Sabah)

Jaffari sumbang produk pembasmi kuman kepada JBPM Sandakan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Jaffari Waliam mengambil inisiatif menyampaik­an sumbangan produk pembasmi kuman kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Zon Sandakan untuk semburan nyah kuman di daerah Sandakan.

Jaffari berkata inisiatif diilakukan ini adalah untuk membantu JBPM Sandakan dalam usaha membendung penyebaran wabak COVID19.

“JBPM Zon Sandakan akan melakukan semburan nyah kuman di beberapa lokasi termasuk tempat kemudahan awam bermula hari ini,” katanya selepas menyampaik­an produk pembasmi kuman dan minuman kepada Ketua JBPM Zon Sandakan PegB. Martin Thomas di Balai Bomba Sandakan, semalam.

Beliau berkata langkah ini diharapkan dapat menghentik­an rantaian penyebaran wabak dan seterusnya menamatkan penularan COVID-19 yang berlaku sekaligus menjadi kebimbanga­n masyarakat.

Jaffari meminta orang ramai agar jangan panik kerana aktiviti penyembura­n kuman itu adalah untuk memastikan keselamata­n orang awam terus terjamin ketika mengunjung­i tempat-tempat awam.

Beliau menasihati masyarakat Sandakan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, amalkan penjagaan kebersihan diri serta mematuhi setiap arahan pihak berkuasa setiap masa untuk berada di rumah masing-masing sebagai langkah memutuskan rantaian penyebaran wabak COVID-19.

Sementara itu mengenai bantuan makanan, Jaffari telah membantu lebih 300 keluarga untuk menerima bantuan makanan yang disampaika­n oleh pihaknya.

“Kami telah mengedarka­n bantuan makanan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang memerlukan seperti di Kampung Batu Putih, Kampung Tinusa Dua dan beberapa kampung lagi dalam Parlimen Libaran,” katanya.

Beliau berkata hari ini juga pihaknya akan menyampaik­an bantuan makanan itu di Kampung Kenangan Manis dan Kampung Jawa Satu.

“Saya memberi tumpuan khusus kepada warga emas, ibu tunggal dan balu. Saya juga membantu KIR di luar kawasan Parlimen Libaran yang menghantar mesej kepada saya bagi memohon keperluan makanan,” katanya.

 ??  ?? NYAH KUMAN: Jaffari sampaikan produk pembasmi kuman COVID-19 kepada Martin.
NYAH KUMAN: Jaffari sampaikan produk pembasmi kuman COVID-19 kepada Martin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia