Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat setempat terima seadanya bantuan diberi

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Masyarakat setempat di daerah ini melahirkan kesyukuran terhadap bantuan makanan yang disalurkan oleh wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Rata-rata yang ditemui menyifatka­n bantuan itu diberi tepat pada masanya kerana kebanyakan penerima adalah golongan yang terjejas akibat COVID-19 dan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanap­un, timbul isu di media sosial apabila ramai yang mempertika­ikan ketelusan pengagihan bantuan itu selain jumlah keseluruha­n bantuan yamg dikatakan tidak seimbang dengan nilainya.

Noridah Mohd Ali, 57, dari Kampung Sim-Sim berterima kasih dengan pemberian bantuan itu kerana ia sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban penduduk kampung memandangk­an ramai yang terjejas pendapatan.

“Kami juga berterima kasih kerana proses pengagihan bantuan berjalan lancar dan cepat. Dari apa yang saya dengar, setiap rumah di setiap jambatan di kampung ini ada yang telah terima dan ada yang bakal menerima bantuan seumpama.

“Dalam saat sukar begini, wakil rakyat bersama barisan kakitangan­nya perlu bekerja dengan efektif dan efisyen bagi mengelak sebarang penyalahgu­naan bantuan hingga ada penerima yang layak tapi tercicir dari menerima haknya,” katanya.

Bagaimanap­un, lain pula ceritanya bagi Fazirah Fauzi, 25, yang juga merupakan penerima bantuan akibat terjejas dengan COVID-19 dan PKP.

Beliau menyifatka­n bantuan yang diterima keluargany­a itu seperti sekadar ‘asal ada’ kerana barangan yang diberi tidak setimpal dengan nilai yang sepatutnya.

“Dalam bungkusan barang yang kami terima ada beras 5 kilogram, gula satu kilogram, sebungkus biskut, sebotol minyak masak dan beberapa peket minuman tiga dalam satu. Kalau dikira, nilainya tidak sampai pun RM50. Sedangkan daripada apa yang kita dimaklumka­n, nilai sumbangan bagi satu keluarga adalah sebanyak RM100.

“Apapun kami sekeluarga tetap bersyukur dengan pemberian ini. Cuma kami harap urusan sebegini dapat diatur dan dipantau dengan sebaik mungkin. Dalam keadaan sempit begini, jangan pula ada yang mengambil kesempatan,” jelasnya.

 ??  ?? FAZIRAH
FAZIRAH
 ??  ?? NORIDAH
NORIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia