Utusan Borneo (Sabah)

KKAG sambut baik keprihatin­an dermawan dukung pakej bantuan kerajaan

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Langkah menghulur bantuan dalam tempoh sukar dan mencabar kepada yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan usaha murni yang perlu disambut baik oleh semua netizen di kawasan luar bandar yang terdiri daripada golongan marginal.

Pengerusi penaja Kelab Rekreasi dan Kebajikan Keluarga Sayat AKI GOONG (KKAG) Jainus Rayner Lian Ginanda ketika dihubungi berkata, Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri perlu disambut baik dengan penuh penghargaa­n.

“Sejak negara dilanda COVID-19 dan pelaksanaa­n PKP, sumber pendapatan penduduk di mukim Bingkor khasnya dan amnya di negeri ini amat terjejas,” katanya.

Menurut Jainus, golongan berkenaan terjejas kerana rata-rata penduduk di sini adalah petani, pekebun, penoreh getah, penjaja gerai, pemandu teksi, bas mini dan pekerja sendiri.

Jainus menjelaska­n golongan berkenaan perlu keluar bekerja setiap hari untuk mendapatka­n sumber kewangan kini terjejas pendapatan sepanjang penguatkua­saan PKP.

Jainus yang juga aktivis masyarakat di sini memberitah­u pihaknya difahamkan pengagihan bantuan makanan yang dikendalik­an oleh Pejabat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) di Kg Sandapak, Bingkor telah pun disampaika­n semalam.

Justeru, Jainus berharap bantuan yang ditunggu-tunggu itu sedikit sebanyak meringanka­n bebanan penduduk sepanjang penguatkua­saan PKP yang dijadual berakhir dua minggu lagi.

Jainus menambah dalam tempoh sukar ini pihaknya dihubungi individu prihatin yang bermurah hati menyumbang bantuan berupa makanan kepada golongan terjejas di beberapa kampung di sini.

“Kita berharap keprihatin­an pihak berkenaan dalam menyalurka­n bantuan menjadi kenyataan untuk membantu meringanka­n bebanan ahli-ahli keluarga yang terjejas,” katanya.

Sehubungan dengan itu Jainus turut meminta penduduk di sini khususnya di Kg Sandapak agar banyak bersabar sepanjang penguatkua­saan PKP yang masih berbaki tempoh dua minggu lagi.

“Patuhilah seruan kerajaan dengan duduk di rumah dan hanya keluar ketika perlu sahaja agar sama-sama dapat membantu memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 di samping berdoa agar pendemik ini akan segera berakhir,” katanya.

 ??  ?? JAINUS
JAINUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia