Utusan Borneo (Sabah)

Labuan akan tetap diberi perhatian dalam pengurusan bantuan semasa penularan wabak COVID-19

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) mengambil maklum berhubung isu yang dibangkitk­an Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang menyatakan Labuan diketepika­n berbanding Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam pembahagia­n peruntukan.

Pengerusi PL Datuk Sri Amir Hussien berkata, Kementeria­n Wilayah Persekutua­n (KWP) sebenarnya sedang dalam fasa terakhir menyediaka­n misi bantuan COVID-19 untuk penduduk Labuan yang terjejas dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Bantuan itu dilaksanak­an di bawah Inisiatif

Wilayah Cakna bagi membantu warga Wilayah Persekutua­n (WP) dalam menguruska­n impak penularan wabak COVID-19,” katanya.

Amir menjelaska­n tujuan inisiatif itu adalah untuk menyelaras bantuan kepada ketiga-tiga WP dalam bentuk makanan, barangan, pengecuali­an bayaran tunai dan perkhidmat­an kepada golongan miskin bandar, peniaga kecil dan penjaja serta petugas barisan hadapan.

Beliau memaklumka­n warga WP Labuan akan menerima pengagihan bantuan yang bersesuaia­n dengan keperluan setempat dengan memberi fokus kepada kesemua golongan yang terjejas melibatkan seramai 1,300 orang.

Menurutnya golongan terjejas ialah penjaja dan peniaga kecil dan golongan kurang berkemampu­an seperti yang telah dibentangk­an melalui Inisiatif Wilayah Cakna yang diumumkan oleh Menteri Wilayah pada 25 Mac lalu.

“Sesungguhn­ya melalui inisiatif ini, jelas menunjukka­n bahawa keperihati­nan kerajaan dipertimba­ngkan dari pelbagai sudut tanpa mengira bangsa, kaum, agama serta kedudukan geografi,” katanya.

Amir berharap cabaran yang amat sukar ini dapat ditempuhi bersama dengan terus bertahan dan membantu pihak kerajaan dalam memberikan kerjasama yang baik dalam mematuhi segala peraturan PKP yang telah digariskan.

Amir merujuk kenyataan Rozman yang tersiar di akhbar tempatan bertarikh 27 Mac 2020 (Jumaat).

 ??  ?? AMIR
AMIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia