Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan amalan jaga kebersihan di rumah

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Masyarakat di daerah ini digesa untuk memperting­katkan amalan penjagaan kebersihan di rumah sepanjang Perintah Kawalan Keselamata­n (PKP) ini.

Pegawai Kesihatan Kawasan Daerah Lahad Datu Dr Amirul Hisham Zainol berkata, aktiviti disinfeksi misalnya boleh dilakukan di rumah mengikut panduan yang betul yang boleh didapatkan di laman Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Menurutnya, amalan itu bukan sahaja sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19 malah aktiviti pembersiha­n di dalam dan di luar rumah berkesan dalam membantera­s pembiakan nyamuk Aedes dan penyakit denggi.

“Dengan melakukan aktiviti pembersiha­n di dalam dan di persekitar­an rumah, ianya akan memberi banyak manfaat kepada diri dan keluarga yang tentunya akan memberi keselesaan persekitar­an sepanjang menjalani PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan peralatan kesihatan daripada Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) dan Gabungan Persatuan Cina Sabah (GPCC) yang disampaika­n Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Daerah Lahad Datu Tan Kim Teng di sini, kelmarin.

Mengulas mengenai disinfeksi yang dilakukan di kawasan berisiko, beliau berkata ianya dilaksana dengan kerjasama badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan komuniti kampung.

“Jumlah tempatnya memang banyak dan saya menghargai kerjasama yang diberikan semua pihak dalam menjayakan usaha itu,” katanya.

Amirul turut merakamkan penghargaa­n terima kasih kepada persatuan yang tampil untuk menyalurka­n bantuan.

Beliau juga meminta kepada individu yang balik dari kunjungan di luar negara atau luar dari negeri Sabah untuk tampil membuat saringan kesihatan.

 ??  ?? SUMBANGAN: Amirul menerima sumbangan daripada Tan pada majlis itu.
SUMBANGAN: Amirul menerima sumbangan daripada Tan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia