Utusan Borneo (Sabah)

Operasi nyah kuman di pusat bandar Sandakan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Zon Sandakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Keselamata­n Negara dan Majlis Perbandara­n Sandakan memulakan operasi semburan nyah kuman COVID19 di Pusat Bandar Sandakan, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Jaffari Waliam berkata, dua buah jentera JBPM digunakan untuk operasi semburan nyah kuman di pusat bandar ini.

“Operasi dilakukan adalah lokasi tumpuan orang ramai bermula dari Jalan Dua, Jalan Tiga hingga ke Dewan Masyarakat dan Jalan Satu hingga ke kawasan Pasar Umum Sandakan,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Beliau berkata kawasan perhentian bas, Pasar Umum Sandakan dan laluan tidak boleh dilalui jentera bomba menggunaka­n kaedah pam yang dibawa oleh anggota bomba.

Jaffari yang turut serta dalam sepanjang operasi berpuas hati dengan kerja-kerja operasi yang dilakukan pasukan ini.

Dalam pada itu, Jaffari memberitah­u operasi semburan nyah kuman ini akan dilakukan di Pasar Batu 8 dan bandar-bandar satelit bermula hari ini sesuai dengan keadaan.

“Kita amat berterima kasih dengan pasukan PDRM yang berjaya mengawal keadaan lalu lintas di pusat bandar ini tanpa sebarang gangguan laluan jentera bomba melakukan operasi berkenaan,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada agensi-agensi terlibat sepanjang operasi ini yang memberi kerjasama baik kepada JBPM.

Sementara itu, Ketua JBPM Zon Sandakan PegB. Martin

Thomas berkata, sekiranya bahan pembasmi kuman itu memcukupi pihaknya akan melakukan operasi secara berkala seminggu sekali.

“Hari ini sahaja kita menggunaka­n 2,000 liter cecair pembasmi kuman bagi melakukan operasi di sekitar bandar Sandakan,” katanya.

Martin menjelaska­n terdapat baki lagi yang mana akan digunakan dalam operasi di lokasi lain lagi.

 ??  ?? PEMBERSIHA­N: Anggota bomba melakukan pembersiha­n nyah kuman di Perhentian Bas Pusat Bandar Sandakan.
PEMBERSIHA­N: Anggota bomba melakukan pembersiha­n nyah kuman di Perhentian Bas Pusat Bandar Sandakan.
 ??  ?? OPERASI: Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan operasi nyah kuman di Pusat Bandar Sandakan.
OPERASI: Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan operasi nyah kuman di Pusat Bandar Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia