Utusan Borneo (Sabah)

MDLBS kesal tuduhan seleweng bantuan COVID-19 Lau juga lebih kesal apabila perkara itu turut dipolitikk­an dengan mengaitkan GPS

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Robert Lau kesal dengan pihak yang menuduh MDLBS menyelewen­g sebahagian bantuan COVID-19 yang diedarkan kepada penduduk flat Sibu Jaya di sini, tengah hari kelmarin.

Lau memberitah­u bahawa beliau telah menerima mesej yang jelas ditulis tanpa nama mengatakan, ‘Penduduk Flat Sibu Jaya Dakwa Pihak Sibu Rural District Council (SRDC) Swing Bantuan Kerajaan-Sumber Awam.’

Mesej itu juga menyebut: “Atas nama saudara, yang tiada nama, diberi penuh.”

“Ada yang dapat 2 set telur.”

“Ada yang dapat 1 set telur.”

“Ada yang dapat 5 biji telur.”

“Alahai orang GPS.” “Telur ayam pun nak swing.”

“Bayangkan kalau duit awak atas tangan mereka.”

“Pasti tinggal dua puluh sen sampai tangan awak.”

Apa yang lebih beliau kesalkan adalah apabila perkara itu turut dipolitikk­an dengan mengaitkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Oleh itu, saya mahu membalas (kenyataan ini) dengan jawapan mudah. Sumbangan ini bukan berbentuk politik.

“Saya ditanya oleh wakil Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Jaya (yang bertindak sebagai penyelaras di kalangan penduduk flat berkenaan) untuk bercakap bagi pihak penderma bahawa ini tidak ada kaitan dengan politik.

“Ini tidak ada kaitan dengan GPS atau parti politik.

“Program ini bukan inisiatif MDLBS walaupun saya selaku timbalan pengerusi MDLBS dan aktif di Sibu Jaya dalam kapasiti itu.

“Wakil-wakil dari pejabat daerah dan kebajikan turut berkata bahawa bantuan ini tidak ada kaitan dengan politik.

“Kedua-duanya mengucapka­n terima kasih kepada penaja, berkata bahawa kerajaan negeri akan turut membantu mereka,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook semalam.

Menurut Lau, Pejabat Residen lima hari lalu telah membuka pusat pengumpula­n sumbangan bagi mereka yang ingin menderma barang makanan kepada golongan yang memerlukan.

Pejabat Residen kemudian mendapatka­n NGO untuk membantu mengagihka­n bantuan itu kepada penerima.

Sehubungan itu katanya, beliau telah menerima beberapa permintaan dari Sibu Jaya terutama pekerja harian yang kini tidak bekerja (kerana pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan) sama ada mereka boleh mendapatka­n bantuan tersebut.

“Majoriti mereka tinggal di flat kos rendah HDC di Sibu Jaya (1,200 unit).

“Bagaimanap­un, kuantiti bahan makanan yang diterima oleh Pejabat Residen tidak cukup untuk kumpulan penduduk Sibu Jaya ini.

“Lebih-lebih lagi kita tidak dapat mencari NGO yang boleh melakukan perjalanan dari Pejabat Residen ke Sibu Jaya,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, terdapat seorang penderma bermurah hati untuk menyumbang sejumlah makanan asas kepada mereka kerana kebanyakan penduduk yang tinggal di situ adalah pekerjanya.

Jelas Lau, penderma berkenaan mahu sumbangan itu diberikan kepada semua isi rumah tanpa perlu melakukan proses tapisan siapa yang layak untuk diberi bantuan.

“Kami bersetuju bahawa agihan dilakukan di Sibu Jaya daripada perlu melalui Pejabat Residen Sibu.

“Ini telah dipersetuj­ui oleh Pejabat Residen,” katanya dan memberitah­u bahawa agihan bantuan telah dilakukan petang semalam.

Sebelum itu katanya, tiga hari lalu penduduk diminta menyerahka­n nama mereka yang masih tinggal di blok mereka di mana senarai nama diperiksa dan disahkan kakitangan HDC, kemudian setiap 20 blok flat akan menghantar wakil untuk mengumpul (bantuan).

Beliau berkata lagi, barangan yang akan diagihkan adalah makanan asas terdiri daripada 1,000 kampit beras (10kg), 1,000 kotak mi segera dan 1,000 papan telur.

Bagaimanap­un, pembekal telur hanya dapat membekalka­n separuh daripadany­a semalam, jelas Lau.

“Oleh itu, ada yang tidak mendapat telur kerana hanya dapat separuh saja yang dibekalkan.

“Saya tidak pasti apabila pembekal dapat menghantar (separuh) dan bagaimana ia akan diedarkan kemudian.

“Tetapi itu bukan isunya. Pada waktu sukar ini, bagi mereka yang memerlukan bantuan, sebarang bentuk bantuan adalah sangat dihargai.

“Saya dengan ikhlas hati merakam terima kasih kepada semua penderma yang baik hati ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan agar menghubung­i Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Anda juga boleh mesej saya secara peribadi dan saya akan lihat apa yang dapat saya lakukan,” katanya.

Oleh itu, saya mahu membalas (kenyataan ini) dengan jawapan mudah. Sumbangan ini bukan berbentuk politik.

Robert Lau

Timbalan Pengerusi MDLBS

 ??  ?? TERIMALAH: Lau secara simbolik menyerahka­n bantuan daripada penderma kepada penduduk flat Sibu Jaya, semalam.
TERIMALAH: Lau secara simbolik menyerahka­n bantuan daripada penderma kepada penduduk flat Sibu Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia