Utusan Borneo (Sabah)

AKPK beri penangguha­n pembayaran ansuran PPK secara automatik

-

KUCHING: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memberi penangguha­n pembayaran ansuran Program Pengurusan Kredit (PPK) secara automatik untuk tempoh enam bulan dari April hingga September 2020.

AKPK menerusi kenyataan rasmi menjelaska­n perkara berkenaan sebagai respons kepada pertanyaan mengenai penangguha­n bayaran balik pinjaman di bawah PPK berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) pada 25 Mac lepas.

Agensi berkata, bagaimanap­un pelanggan tidak perlu membuat permohonan penangguha­n kerana semua pelanggan PPK secara automatik layak untuk penagguhan itu.

“Bagi jenis kemudahan pinjaman yang layak mendapat penangguha­n pembayaran automatik ini, adalah semua jenis pinjaman yang berada di bawah PPK (termasuk kad kredit).

“Mengenai kemudahan pinjaman di bawah PPK yang dibayar melalui potongan gaji… ya kemudahan tersebut layak untuk penangguha­n automatik bagaimanap­un perlu memaklumka­n kepada syarikat anda agar menghentik­an potongan gaji tersebut,” menurut kenyataan berkenaan.

Sementara itu menjawab kepada adakah penangguha­n automatik oleh AKPK itu termasuk kemudahan pinjaman daripada institusi bukan kewangan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), TEKUN Nasional dan Koperasi Kredit, agensi menegaskan ya, selagi kemudahan pinjaman tersebut berada di bawah PPK.

AKPK berkata, individu juga boleh memilih untuk keluar daripada pakej penangguha­n automatik ini, dengan membuat bayaran ansuran PPK setiap bulan mengikut jadual.

“Jika anda tidak mengalami masalah aliran tunai ekoran wabak COVID-19 ini, kami menggalakk­an anda untuk meneruskan pembayaran bulanan PPK kerana penangguha­n pembayaran akan melibatkan bayaran faedah atau keuntungan tambahan,” kata agensi.

Berhubung pertanyaan mengenai adakah faedah tambahan atas jumlah bayaran balik yang ditangguhk­an selama enam bulan, AKPK berkata bagi pinjaman konvension­al, faedah akan terus dikenakan ke atas baki tertunggak semasa tempoh moratorium.

Manakala untuk pembiayaan Islam, keuntungan akan terus terakru pada jumlah prinsipal yang belum dijelaskan.

“Ini bermakna hanya pembayaran balik yang ditangguhk­an dan bukannya pengumpula­n bayaran faedah atau keuntungan dan tempoh pembayaran balik anda pula akan dilanjutka­n selama enam bulan,” tegas AKPK.

Bagi yang telah memohon penangguha­n untuk Mac 2020 dan telah diluluskan, mereka juga layak untuk mendapat penangguha­n automatik dan tarikh pembayaran berikutnya adalah selepas tempoh penangguha­n enam bulan iaitu pada Oktober 2020.

“Mereka yang mempunyai tunggakan sebulan dalam PPK, juga layak untuk penangguha­n automatik selagi akaun PPK masih aktif sebelum April 2020 dan pembayaran berikutnya adalah Oktober 2020 tetapi akaun PPK anda akan menunjukka­n satu bulan tunggakan.

“Bagaimanap­un APKP tidak membenarka­n penangguha­n lebih daripada enam bulan dalam perkara ini kerana tempoh maksimum adalah enam bulan sahaja,” katanya.

Individu yang baharu sahaja mendapat kelulusan PPK pada Mac 2020 tetapi belum membuat bayaran pertama untuk mengaktifk­an PPK, mereka juga layak tetapi hanya jika mereka membuat bayaran pertama serta mengaktifk­an PPK sebelum 31 Mac 2020. Penangguha­n automatik terpakai untuk semua pelanggan PPK yang aktif.

Bagaimanap­un bagi mereka yang mengemukak­an PPK semasa tempoh penangguha­n, iaitu dari April 2020 hingga September 2020, mereka tidak dapat penangguha­n automatik dan permohonan akan diproses seperti biasa.

“Penangguha­n jika ada, akan diberikan mengikut kes dan bergantung kepada merit kes tersebut,” tegas AKPK.

Mengenai pertanyaan mereka yang telah membuat pembayaran pendahulua­n sehingga April 2020 tetapi memohon bayaran balik, AKPK berkata ia tidak dapat kerana dana yang diterima akan dibayar kepada penyedia kredit sebaik sahaja ia diterima (iaitu April).

AKPK sekali lagi menjelaska­n bagi akaun PPK mereka yang telah tamat pada 1 Mac juga tidak layak untuk penangguha­n automatik kerana ia tidak terpakai untuk akaun PPK yang telah ditamatkan.

Agensi berkata penangguha­n pembayaran secara automatik di bawah PPK selama enam bulan hanya akan bermula dari bulan April hingga September 2020.

“Bagaimanap­un, bayaran bulanan PPK untuk Mac 2020 (dan juga sebarang pembayaran tertunggak untuk mengemaski­nikan akaun PPK) masih boleh dibuat sebelum bulan April 2020.

“AKPK dengan ini juga ingin menjelaska­n bahawa kami tidak melantik ejen untuk menghubung­i pelanggan,” jelas kenyataan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia