Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Marudi, pedalaman diingat terus patuhi PKP

Kurangkan pergerakan, hanya keluar rumah jika perlu untuk mendapatka­n keperluan asas: Penguang

- Oleh Sudan Ajang

“Sebarang pergerakan tidak perlu adalah sangat tidak digalakkan dan kita semua perlu sentiasa mengamalka­n jarak ” sosial apabila terpaksa keluar.

Datu Dr Penguang Manggil ADUN Marudi

MIRI: Penduduk di kawasan Marudi dan pedalaman diingatkan terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan( P K P) dikeluarka­n kerajaan bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil berkata mereka harus mengurangk­an pergerakan dan hanya keluar rumah jika perlu untuk mendapatka­n keperluan asas.

“Sebarang pergerakan tidak perlu adalah sangat tidak digalakkan dan kita semua perlu sentiasa mengamalka­n jarak sosial apabila terpaksa keluar.

“Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpuna­n ramai termasuk semua aktiviti keagamaan di masjid, surau, gereja, tokong dan lain-lain rumah ibadat,” katanya ketika sesi temu ramah bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri di sini semalam.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu turut menasihati petani dan peladang di kawasan luar bandar diberi kelonggara­n menjalanka­n aktiviti pertanian secara berhati-hati dan sentiasa mengamalka­n langkah pencegahan.

Katanya, kekalkan jarak sosial dan amalkan tahap kebersihan tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan sabun serta gunakan ‘hand sanitizer’ dan penutup mulut dan hidung.

Penguang menggesa ketua masyarakat dan ketua kaum sentiasa berhubung dengan Jawatankua­sa Pengurusan

Bencana Daerah yang terdiri Pejabat Daerah, polis dan Jabatan Kesihatan sekiranya ada pertanyaan atau sekiranya berlaku masalah di kampung mereka.

“Penduduk pedalaman diharap jangan bimbang kerana pelbagai bantuan dirangka seperti Bantuan Khas Sarawakku Sayang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg termasuk menyediaka­n makanan.

“Selain itu, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyediaka­n pelbagai bantuan kepada masyarakat,” jelasnya.

Beliau memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat bersama pada masa sukar ini kerana terpaksa akur PKP dan tugasan rasmi di Kuching.

Penguang turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang bertungkus-lumus membendung wabak COVID-19.

“Kepada yang masih terpaksa bertugas ketika ini, saya harap sentiasa dilindungi dan cekal menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing,” katanya.

 ??  ?? NASIHAT: Penguang semasa temu ramah bersama RTM Miri kelmarin menasihati penduduk Marudi dan pedalaman patuh arahan PKP.
NASIHAT: Penguang semasa temu ramah bersama RTM Miri kelmarin menasihati penduduk Marudi dan pedalaman patuh arahan PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia