Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri aktif tangani COVID-19

-

MIRI: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri memberi jaminan kepada orang awam bahawa kesemua langkah diambil secara aktif melibatkan pihak berkuasa kesihatan dengan kerjasama agensi yang berkaitan untuk mengenal pasti sumber jangkitan daripada pesakit COVID-19, wanita yang berusia 46 tahun di Miri.

Jawatankua­sa terbabit dalam satu kenyataan semalam memberitah­u, kesemua hubungan rapat individu berkenaan telah ditemu ramah dan tidak menunjukka­n tanda-tanda manakala siasatan makmal akan dilakukan bagi hubungan rapat yang dikenal pasti.

“Pengurusan tempat kerja juga telah diarah melakukan kerja pembasmian kuman dan pembersiha­n mengikut garis panduan Kementeria­n Kesihatan,” jelas kenyataan itu.

Sarawak telah mencatat dua lagi kematian akibat COVID-19 sehingga kelmarin, menjadikan tujuh kematian dan sejumlah 135 kes positif.

Justeru, mesyuarat jawatankua­sa yang dipengerus­ikan Menteri Pengangkut­an Datuk L ee Kim Shin turut menasihati orang awam agar mengamalka­n jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain dan mematuhi serta mengamalka­n kebersihan yang baik.

Orang awam turut diingatkan sentiasa membersihk­an tangan dengan teliti dan tidak menyentuh mata, hidung dan mulut.

Sekiranya mengalami sebarang gejala berkaitan COVID-19, orang awam perlu segera ke klinik atau hospital kerajaan bagi mendapatka­n pemeriksaa­n selanjutny­a.

Dalam pada itu, jawatankua­sa terbabit turut menggesa orang awam agar tidak berkongsi atau menyebarka­n sebarang mesej, laporan, gambar atau tuntutan yang tidak sahih mengenai COVID-19 terutamany­a yang melibatkan kes kematian bagi menghormat­i privasi keluarga dan membenarka­n agensi berkaitan melaksanak­an tugas mereka terhadap aktiviti kawalan serta pencegahan untuk situasi di Miri.

 ??  ?? BERI JAMINAN: Lee (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri semalam.
BERI JAMINAN: Lee (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia