Utusan Borneo (Sabah)

Belia diminta bantu ahli keluarga, jiran mendaftar untuk bantuan kerajaan

-

MIRI: Generasi berpendidi­kan khasnya dari luar bandar perlu membantu ahli keluarga atau jiran mereka mendaftar secara dalam talian untuk memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, sebilangan besar penerima bantuan di pedalaman luar bandar adalah terdiri daripada golongan B40 dan M40 termasuk warga emas.

“Ketika ini semua permohonan untuk mendapatka­n bantuan kerajaan dibuat secara dalam talian, bagi warga emas atau mereka yang tiada pendidikan maka agar sukar mereka untuk memohon atau mengemas kini permohonan.

“Sehubungan itu, saya meminta generasi muda yang celik teknologi dan berpendidi­kan membantu ahli keluarga, saudara mara atau jiran yang tidak berpendidi­kan mendaftark­an permohonan atau mengemas kini bantuan BSH atau Bantuan Prihatin Nasional,” kataya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Dennis turut menghargai inisiatif kerajaan dalam memperkena­lkan satu lagi bantuan baharu yang lebih fokus kepada kumpulan isi rumah berpendapa­tan RM4,000 hinggga RM8,000 atau M40.

“Bagaimanap­un saya bimbang bantuan ini tidak sampai kepada penerima kerana kebanyakan penduduk tinggal berselerak dan sukar diakses menyebabka­n mereka yang sepatutnya layak menerima bantuan tercicir daripada sistem pangkalan data kerajaan.

“Justeru saya berharap kerajaan mencari inisiatif lain untuk memastikan golongan B40 dan M40 yang layak menerima bantuan Prihatin Nasional ini tidak tercicir,” katanya.

Dennis berkata, terdapat segelintir penduduk luar bandar yang layak menerima bantuan tetapi tercicir kerana tidak tahu saluran atau cara hendak memohon.

“Ada penduduk sering berjumpa wakil rakyat untuk meminta bantuan persekolah­an anak-anak atau untuk rawatan ke klinik.

“Saya juga sentiasa menasihati mereka untuk berjumpa dengan pegawai kita di pejabat dearah terdekat untuk mendaftar bantuan agar keluarga mereka dapat dibantu kerajaan,” jelasnya.

Menurut Dennis, sebahagian besar yang sangat memerlukan bantuan ialah mereka yang tidak berpendidi­kan dan warga emas yang menghadapi kesukaran memohon bantuan secara dalam talian.

“Sebab itu saya memohon agar generasi yang celik teknologi serta berpendidi­kan ini membantu mendaftark­an kumpulan yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional,” jelasnya.

 ??  ?? MESRA: Dennis bersama penduduk rumah panjang Apau Gon Ulu Tinjar yang tidak dapat diakses dengan kemudahan komunikasi seterusnya sukar bagi mereka menerima bantuan kerajaan.
MESRA: Dennis bersama penduduk rumah panjang Apau Gon Ulu Tinjar yang tidak dapat diakses dengan kemudahan komunikasi seterusnya sukar bagi mereka menerima bantuan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia