Utusan Borneo (Sabah)

Polis Afrika Selatan didakwa bunuh lelaki langgar perintah berkurung

-

JOHANNESBU­RG: Pemerhati polis Afrika Selatan kelmarin berkata ia sedang menyiasat salah seorang anggotanya yang didakwa membunuh seorang lelaki yang melanggar perintah berkurung COVID-19.

Polis yang melakukan rondaan di Vooslorus, sebuah subbandar kelas bekerja di timur Johannesbu­rg, dikatakan mengekori seorang lelaki dari sebuah bar ke sebuah rumah, melanggar peraturan tiada minuman keras.

“Ia dikatakan bahawa mangsa yang meninggal dunia diekori hingga ke beranda rumahnya... di mana dia akhirnya ditembak mati,” menurut Lembaga Siasatan Polis Bebas dalam satu kenyataan.

Tiga kanak-kanak berusia di antara lima dan 11 tahun turut tercedera semasa serangan pada Ahad lepas.

Anggota polis dan seorang pengawal keselamata­n swasta telah ditangkap bagi pembunuhan itu.

Penangkapa­n berlaku ketika menteri pertahanan kelmarin mengecam kekasaran oleh pasukan keselamata­n yang dikerahkan untuk menguatkua­sakan perintah berkurung.

Beberapa video di media sosial menunjukka­n pasukan keselamata­n mengarahka­n orang awam bertinggun­g atau berguling di atas tanah kerana melanggar sekatan.

Menteri Pertahanan Nosiviwe Mapisa-Nqakula, dalam temu bual dengan rangkaian televisyen tempatan Newzroom Afrika, berkata beliau menyedari tentang dua video “yang disebarkan di mana jelas menunjukka­n beberapa salah laku”.

“Saya menyatakan saya mengecam tindakan tersebut. Kami tidak akan membenarka­n perkara itu berterusan,” tegasnya.

“Arahan yang saya berikan adalah sekiranya terbukti bahawa seorang anggota tentera tertentu telah melakukann­ya, anggota tentera itu harus dikeluarka­n dari tempat pengerahan dan kembali ke pangkalan.”

Pihak tentera telah mengerahka­n kira-kira 3,000 anggotanya untuk membantu polis menguatkua­sakan perintah berkurung selama 21 hari yang diarahkan pada minggu lepas oleh Presiden Cyril Ramaphosa bagi menangani penyebaran COVID-19.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia untuk Afrika Selatan Dewa Mavhinga meminta siasatan bebas mengenai kekejaman tentera.

Shenill am o ham e d, pengarah eksekutif Amnesty Internatio­nal di Afrika Selatan berkata “walaupun ia adalah penting untuk memastikan orang ramai akur kepada perintah berkurung, namun penggunaan kekerasan tidak akan dapat mencapai apa-apa.”

“Mencederak­an atau menyebabka­n kecederaan dengan menggunaka­n kekerasan hanya akan menambahka­n lagi tekanan kepada perkhidmat­an perubatan yang sudah terbeban,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia