Utusan Borneo (Sabah)

Penderecki pemuzik klasikal ‘avant-garde’ kesayangan Hollywood

- Oleh Stanislaw Waszak

KOMPOSER dan konduktor dari Poland Krzysztof Penderecki, yang merintis jalan dalam muzik klasikal dengan karya simfoni dan keagamaan yang inovatif, meninggal dunia pada usia 86 tahun pada Ahad lepas di bandar raya asalnya Krakow selepas mengalami penyakit yang lama, kata keluargany­a kepada media tempatan.

Disanjungi sebagai salah seorang komposer paling berpengaru­h pada abad ke-20, Penderecki bekerja bersama orkestra simfoni di seluruh dunia dan mendapat peminat di kalangan pengarah filem terkemuka termasuk Stanley Kubrick, Martin Scorsese dan David Lynch yang mentauliah­kan skor filem.

Muziknya muncul dalam

‘The Shining’ arahan Kubrick, ‘Shutter Island’

arahan Scorsese, ‘Twin Peaks’ arahan Lynch dan, lebih terkini, dalam satu episod siri TV, Black Mirror.

Panderecki, seorang tokoh penting ‘avantgarde’ pada zaman 1960an, sentiasa menghormat­i tradisi simfoni dan keagamaan yang hebat dan pada waktu yang sama merintis jalan dalam muzik klasikal kontempora­ri.

Selepas ketenteram­an politik sementara dalam rejim komunis di Poland ketika itu, karya Penderecki berjaya menembusi Tabir Besi dan mencapai kejayaan antarabang­sa yang pantas.

Komposer itu menggunaka­n ‘interval’ yang luar biasa, kluster nada dan glissandi dan menggunaka­n kualiti istimewa instrumen dengan cara yang inovatif.

Teknik sedemikian dipaparkan dalam

‘Threnody to the Victims of Hiroshima’, satu karya pada 1960 untuk orkestra tali yang besar dan menerima pengiktira­fan yang meluas.

Penderecki tidak menjauhkan diri dari kesan yang tidak konvension­al: dia menggunaka­n kepingan besi, wisel, serpihan kaca dan logam yang digosok dengan pengikir, detaran, bunyi elektrik, gergaji, mesin taip atau loceng penggera untuk menambah tekstur sonik kepada komposisi.

Dia juga mencipta simbol notasi muzik untuk menandungi kaedah ekspresi asalnya.

Kemudian, Penderecki perlahan-lahan meninggalk­an bunyi ‘avant-garde’. Dikritik oleh segelintir pihak dalam komuniti muzik kerana berubah fikiran, evolusi ini membolehka­nnya menerima tepukan di kalangan golongan bukan pakar.

Dia kembali kepada penulisan pasca Romantik dan neo-nada, dengan kandungan dan bentuk yang lebih mudah diakses oleh audiens yang lebih besar.

“Muzik saya kekal sama. Hanya kaedah (ekspresi) sudah berubah,” kata Penderecki yang pernah memenangi anugerah Grammy.

Pada

2011, Penderecki berkolabor­asi dengan Jonny Greenwood, gitaris utama kumpulan rock Inggeris, Radiohead, dan komposer muzik elektronik Aphex Twin – keduaduany­a peminat karyanya – untuk sebuah album dan jelajah.

“Saya gembira kerana alam muzik yang berbeza dapat bertemu. Dan saya berpeluang melihat orang awam yang muda dan bersemanga­t ini,” kata Penderecki.

- Cucu perempuan pertama, botani kedua Tidak

seperti kebanyakan komposer dari generasiny­a, Penderecki mendapat sebahagian besar inspirasi dari asal usul keagamaan.

“Saya selalu bertindak dari semangat bertentang­an,” katanya.

“Ketika saya seorang pelajar, muzik keagamaan dilarang. Kemudian, selama bertahun-tahun, ia terus tidak dihargai pihak berkuasa (komunis). Ia juga tidak disambut dengan baik oleh rakanrakan saya.”

Dilahirkan pada 23 November 1933 di kota selatan Debica, Penderecki pergi ke Akademi Muzik di Krakow dan belajar falsafah, sejarah kesenian dan kesusaster­aan serentak.

Dia kemudian menggabung­kan kariernya sebagai seorang komposer ‘avant-garde’ dengan karier seorang guru komposisi di pelbagai sekolah muzik terkemuka di seluruh dunia.

Sebagai seorang konduktor, dia mengadakan konsert bersama orkestra simfoni paling tersohor di Eropah dan Amerika Syarikat dan menjadi anggota beberapa akademi muzik di seluruh dunia.

“Dalam mikrokosme muzik saya, saya menggabung­kan pencapaian dalam ‘avantgarde’ dengan tradisi muzik simfoni yang hebat dari abad-abad ke-18, ke19 dan ke-20,” dia pernah berkata.

“Anda tidak dapat menjadi seorang artis tanpa mengenali tradisi, tanpa menghadam kerja-kerja pada masa lalu, tanpa mempelajar­i guru-guru lama dengan mendalam.”

Untuk mencapai matlamat ini, dia mengasaska­n sebuah akademi muzik di Eropah yang memaparkan namanya, di sekeliling rumah desanya di perkampung­an selatan Luslawice.

“Hidup seorang artis adalah umpama jaringan jalan. Dia fikir dia tahu jalan tetapi terpaksa mencarinya berkali-kali,” kata Penderecki.

“Selalunya dia akan mencapai kemajuan tetapi kemudian dia tiba-tiba perlu berpatah balik dan berundur, membuka semula pintu yang sudah pun ditutup. Ia adalah dialog yang konsisten dengan masa lalu.”

Seorang peminat botani, dia menanam jaringan jalan dalam tamannya di Luslawice dan pernah menyatakan aktiviti masa lapang itu begitu penting bagi dirinya sehinggaka­n ia “menduduki tempat kedua, betul-betul selepas cucu perempuan saya”. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia