Utusan Borneo (Sabah)

11 individu ingkar PKP didenda RM1,000

-

KUALA LUMPUR: Sebelas lelaki termasuk sembilan warga asing yang ditahan ketika berjoging di Jalan Mont Kiara dan Jalan Desa Kiara di sini, masing-masing didenda RM1,000 atau penjara empat minggu jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Warga asing itu terdiri daripada warganegar­a Britain Jamie Bubb Sacklyn, 28; warganegar­a Korea Selatan Woo Yum Sik, 54, Lee Jong Young, 50, dan Kwang Suk Lee, 51; warganegar­a Jepun Koichi Itano, 60, Tanakatohi­shiko, 61, Mitsuhiru Takayanagi, 51, dan Taichi

Okubo, 36; dan warganegar­a India, B. Vikram, 48.

Dua lagi ialah warga Malaysia S. K. Ramani, 56, dan Au Yong Vooi Loon, 31.

Majistret Mohammad Aizat Abdul Rahim memutuskan untuk mengenakan denda maksimum bagi kesalahan itu selepas masingmasi­ng mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Mereka dituduh ingkar Peraturan 3(1) Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 iaitu bersiar-siar dalam kawasan jangkitan di Mont Kiara pada 7.15 malam, 29 Mac lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran untuk menunjukka­n kepada orang ramai bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa yang mengingkar­i perintah itu, khususnya dalam keadaan semasa di negara ini.

Semua tertuduh merayu hukuman ringan dan meminta maaf atas perbuatan mereka, menyatakan mereka tidak tahu bahawa adalah satu kesalahan untuk berjoging semasa penguatkua­saan PKP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia