Utusan Borneo (Sabah)

UMK serah 257 set peralatan perlindung­an diri kepada BSMM Kelantan

-

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyumbang 257 set Peralatan Perlindung­an Diri (PPE) dan cecair pembasmi kuman kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kelantan.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Noor Azizi Ismail berkata set lengkap PPE itu terdiri daripada 100 unit sut PPE , 157 unit pelindung muka khas (3D Shield Visor) dan 10 unit cecair pembasmi kuman yang akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan Kementeria­n Kesihatan (KKM) di Kelantan.

“UMK telah mengambil inisiatif dengan menyumbang kepakaran untuk menyediaka­n set lengkap PPE termasuk pelindung muka yang merupakan antara produk inovasi terdapat di dalam Kit UMK Cares COVID-19 untuk keperluan petugas barisan hadapan dalam usaha mengurangk­an penularan jangkitan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata usaha itu adalah sebagai satu sumbangan ikhlas yang dilaksanak­an oleh UMK untuk membantu semua pihak termasuk pelbagai agensi di negeri itu.

“Sehingga kini sebanyak 300 unit PPE dan 200 unit pelindung muka telah diserahkan dan diedarkan kepada pihak hospital dan kita berhasrat untuk menghasilk­an lebih banyak UMK Cares COVID-19 Kit untuk kegunaan barisan hadapan menerusi sumbangan dan dari pelbagai pihak dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Sumbangan set lengkap PPE dan cecair pembasmi kuman itu diserahkan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembanguna­n) Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharude­an Tengku Feissal selaku penasihat BSMM Kelantan, di Bengkel Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan (FTKW) , UMK Kampus Bachok, kelmarin.

Sementara itu, Noor Azizi turut berterima kasih kepada BSMM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang banyak membantu dari aspek penyaluran dana serta peruntukan untuk membekalka­n bahan-bahan asas untuk menghasilk­an PPE.

“Pihak BSMM juga menyediaka­n doktor pakar untuk membantu para sukarelawa­n menyelaras penghasila­n set lengkap PPE mengikut kriteria dan spesifikas­i oleh KKM,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia